Menara Berkembar Petronas atau juga dikenali sebagai KLCC, suatu ketika pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 88 tingkat.
Bangunan ini direka oleh jurubina, César Pelli dari Argentina dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Ia dibina sebanyak dua menara, dikenali dengan Menara 1 dan Menara 2.
SEJARAH PEMBINAAN KLCC
Menara Berkembar Petronas. Sepasang menara yang sangat besar dan megah menguasai langit ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Menara yang sangat hebat ini mencapai 88 tingkat dengan ketinggian 450 meter, hampir setengah kilometer ketinggian. Membersihkan 16,000 tingkat di hanya satu menara mengambil masa selama seminggu. 10,000 orang tinggal dan bekerja di dalamanya. Sebuah kota di atas langit.
Dahulunya pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, dan masih memegang rekod menara berkembar tertinggi di dunia, menara ini menempatkan ibu pejabat syarikat terbesar di Malaysia iaitu Petroliam Nasional (Petronas).
Menara berkembar ini yang juga menempatkan shopping mall Suria KLCC bukan sahaja menjadi tumpuan warga tempatan, malah juga pelancong-pelancong luar. Bagi mereka yang kerap mengunjungi Suria KLCC sambil menikmati permandangan berlatar berlatarbelakangkan bangunan megah ini, pernahkan anda terfikir bagaimana bangunan setinggi dan se-gah ini mampu dibina?
Bukan Untuk Stabil, Ini Rupanya Fungsi Sebenar Jambatan KLCC
Menarik tentang jambatan ini adalah, ia tidak dipasang terus kepada struktur menara dan bukan juga bertujuan untuk kestabilan, sebaliknya jambatan ini bertujuan sebagai laluan kecemasan. Jika berlaku misalnya kebakaran pada Menara 1, maka orang ramai boleh berlari ke Menara 2, begitu juga sebaliknya.
Info Dari : ERA Je dan illuminasi / kualalumpurviral
Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini