Perkongsian Kis̷ah Tetang Disebalik Gambar Tul̷ar Pakcik Yang Berdoa Di Lu̷ar Pagar

Semalam berlangsungnya istiadat pengebum!an negara untuk Tun Hajah Rahah, bonda kepada Datuk Seri Najib Razak yang diberi penghormatan Istiadat Pengebum!an Negara dan selamat dikebum!kan di Lingkaran Ma.kam Pahlawan pada jam 3.45 petang.

Istiadat berkenaan turut dihadiri oleh pemimpin negara antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta pemimpin kanan kerajaan dan parti politik selain ahli keluarga terdekat.

Sekeping gambar seorang lelaki warga emas yang turut sama menadah tangan berdoa dari jauh mendapat perhatian umum sehinggalah Datuk Seri Najib Razak turut berk0ngsikan kembali gambar berkenaan di laman Facebook rasmi miliknya.

“Amat menyent0h hati saya melihat ini. Saya tidak kenal saudara tetapi saya berharap dapat bertemu satu hari nanti. Terima kasih atas doa untuk Allahyrhamah bonda. Semoga pak cik sentiasa di bawah rahmat Allah SWT,” tulis Najib Razak.

Namun, ada hamba Allah yang sempat bersembang dengan pak cik berkenaan. Saudara Azman Hasan yang turut berada di sana sempat menemui pak cik tersebut dan berk0ngsi kisah hidup pak cik itu.

“Saya jumpa dia tadi Datuk Seri. Dia kata dia pernah kerja sebagai tukang kebun di rumah Tun Rahah. Tun Rahah pernah biaya kos perubatan dia suatu ketika dahulu. Dia nak balas memang tak mampu dan sepanjang bacaan talkin pakcik tadah tangan panjat doa. Sekarang kerja di kedai makan dekat Kampung Baru,” balas Azman Hasan di perk0ngsian Facebook Najib Razak.

Tambah Azman, pak cik tadi berasal dari Terengganu dan merasakan dirinya tidak layak untuk masuk ke dalam masjid kerana tahu siapa dirinya. Pak cik itu juga datang ke Masjid Negara dengan berjalan kaki dari Kampung Baru dan men0lak untuk ambil wang pemberian Azman kerana tidak memerlukannya.

Budi yang baik dikenang jua. Dengan maklumat yang telah diberikan oleh saudara Azman ini, ramai yang berdoa agar Najib Razak dapat bertemu dengan pak cik ini di masa akan datang.

Semoga keluarga Datuk Seri Najib Razak diberi kekuatan oleh Allah untuk menemp0h ujian kehilangan insan yang tersayang. Al-Fatihah. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook Azman Hasan Twitter Mohd Sofian

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini