Tet4p S0lat Walau B4wah Ter1k M4tahari, LeIaki lni D1puji R4kyat Sing4pura

Solat itu tiang agama.

Tuntutan agama Islam menuntut setiap umatnya untuk menunaikan ibadat itu lima kali sehari untuk solat fardhu.

Sementara solat Jumaat sekali seminggu di masjid bagi kaum lelaki pada waktu Zohor.

Solat di atas bangunan

Di Singapura, kelibat seorang lelaki yang menunaikan solat di atas bangunan semasa waktu bekerja telah menarik perhatian penduduk di sana.

Dalam perkongsian oleh Phoebe Olivia di sebuah Facebook page, dia ternampak lelaki berkenaan solat di bawah terik matahari dalam pakaian kerjanya.

Daripada pakaiannya itu, agaknya dia merupakan pekerja buruh di situ.

Solat antara timbunan bahan binaan

Walaupun hanya solat beralaskan hamparan seperti plastik, tapi tindakannya yang tak lupa menunaikan kewajipan selaku orang Islam sememangnya wajar dipuji.

I find this very touching I saw this worker in a hot day like this he still make some time to pray.

Don’t forget to be thankful every second in our lives.”

– Phoebe Olivia, Facebook Complaint Singapore

Lelaki itu membuka kasut dan topi keselamatannya sambil solat di satu kawasan lapang di atas bumbung antara timbunan bahan-bahan binaan.

“Alhamdulillah kehidupan seorang yang taat..”

Rata-rata pengguna di Facebok memuji sikap lelaki berkenaan yang tak lupa menunaikan ibadah semasa waktu bekerja.

Walaupun ketika berada di atas bumbung bangunan.

Walaupun ada yang mendakwa lelaki itu tidur dan mahu dia dibuang kerja, tapi kebanyakan daripada komen memuji ketaatan dan keikhlasan lelaki itu beribadah.

Semoga kita sama-sama dapat mencontohinya.

“Nak s0lat juga? S1la resign” – Ked4i Sukan Ugvt Pekerja Muslim Yng Ingin S0lat W4ktu Kerja

Tahu tak, dalam garis panduan Kementerian Sumber Manusia setiap pekerja Islam diberi pelepasan sekurang-kurangnya 20 minit untuk menunaikan solat dan 1 jam 30 minit untuk solat Jumaat semasa waktu bekerja?

Pada zaman kini, menjadi cabaran yang besar bagi seseorang beragama Islam mencari pekerjaan yang sesuai dengan tuntutan agama ini. Kalau dulu kecoh tentang isu larangan bagi pekerja hotel mengenakan tudung, sekarang timbul pula isu pekerja Muslim dilarang mengerjakan solat. Eh biar betul ni??

Menurut sebuah tweet yang dimuat naik pengguna Twitter bernama The Amran Fanz, pihak pengurusan bagi sebuah kedai jenama sukan terkemuka negara telah memberi amaran keras kepada pekerjanya yang melarang mereka daripada mengerjakan solat.

Menerusi mesej WhatsApp yang tersebar itu, pihak pengurusan menulis,

Perhatian kepada semua staf baru! Di ** tiada solat atau sembahyang! Kalau tak boleh terima hal ini, tolong hantar perletakan jawatan anda!”

Kebanyakan netizen yang membaca mesej daripada pihak pengurusan itu menganggap kata-kata majikan kedai jenama sukan berkenaan seakan-akan berbaur ugutan dengan melarang pekerjanya daripada mengerjakan solat.

Namun begitu, timbul pula tweet daripada seorang pengguna Twitter yang pernah bekerja di syarikat jenama sukan tersebut yang menyangkal dakwaan ugutan itu. Katanya, hal tersebut tidak benar dan tidak semua outlet jenama sukan terbabit mengamalkan peraturan seperti itu.

Malah menurutnya, peraturan seperti ini mungkin terjadi kerana ada di antara pekerja yang tidak jujur dan menggunakan alasan solat untuk melakukan hal lain seperti melepak dan merokok hingga mengambil masa lebih daripada 15 minit. Haish! Buat malu jelah perangai pekerja macam ni!

Pendedahan ini telah menarik perhatian beberapa netizen yang juga menamakan beberapa kedai lain lagi yang menggunakan peraturan sama berkaitan solat.

Walau bagaimanapun, ada benar juga kata bekas pekerja di kedai jenama sukan itu. Pekerja haruslah bijak merancang masa dan tidak mengambil waktu yang terluang untuk melakukan pekerjaan yang sia-sia seperti berborak dan menghisap rokok sehingga mengambil masa berjam-jam lamanya.

Apabila pekerja jujur dalam melakukan kerjanya, barulah majikan boleh letak kepercayaan dan tidak ragu-ragu dengan mutu pekerjaan kita, kan?

Apa-apapun eloklah kita jangan berspekulasi dan berharap majikan di mana-mana tempat kerja memahami kepentingan solat kepada pekerja Muslim.

Sumber: Lobakmerah

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini