Subhanallah..S̷aat Sakr̷atul M̷aut Hafiz Cilik Ini Terus Alunkan ̷ayat Al-quran

Perkongsian seorang kanak-kanak hafiz Al-Quran yang dikenali sebagai Osama Jundul Haq yang sedang tenat namun bibirnya tidak putus-putus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran cukup meruntun hati.

Zul Handyblack memuat naik rakaman video itu di laman Instagram miliknya dan difahamkan ia berlaku pada Januari 2019 tahun lalu.

“Saat sakar4tul m4ut, hafiz cilik ini masih terus lantunkan ayat Al-Quran. MasyaAllah, akhir hayat yang indah.”

Jazakallah khair risda_nur_jannah

“Masya Allah… Detik-detik kem4tian sahabat saya, Osama Jundul Haq, Tahfidz Qur’an 3 juz. Putra Bpk Sanawi Pandeman. Di tengah menghadapi zakar4tul m4ut bibirnya masih berdecak melantunkan ayat ayat Allah.

“Mencintai Alquran, Allah memuliakan cara kem4tiannya. Semoga husnulkhatimah wahai sahabatku,” tulis akun Balhot Kangeanisme Dotkom.

“Yaa Rabb izinkanlah kami men1nggal dalam keadaan mengingat-Mu.. Jauhkan dari kem4tian yang burvk.. Aamiin.⁣⁣⁣

⁣⁣“Mari kita berlomba-lomba menyebar kebaikan.

ALLAH biasa mem4tikan manusia dengan kebiasaan dalam kehidupannya…

Jadi kita mahu m4ti dengan cara apa?” kongsinya.

Semoga pengakhiran kita dimasukkan ke dalam golongan hamba-Nya yang husnul khatimah.

Ganjaran baca, dengar al-Quran

DARIPADA Aisyah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”

Sehubungan itu, walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran.

Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.

Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat pada hati dan fikiran setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.

Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim)

Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Oleh itu, setiap Mukmin perlu menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sesekali diabaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.”

Al-Quran adalah senjata paling berkesan untuk membersihkan jiwa yang sering kali lalai kerana banyak melakukan dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Rasullah SAW selalu meminta sahabatnya membaca al-Quran dan Baginda mendengar bacaan itu.

Ibnu Mas’ud menceritakan, Rasulullah SAW pernah memintanya membaca al-Quran. “Bacakan untuk saya wahai Ibnu Mas’ud.”

Ibnu Mas’ud menjawab, “Bagaimana mungkin saya membacanya untuk tuan sedangkan al-Quran diturunkan kepada tuan?”

Rasulullah SAW berkata: “Saya suka mendengar orang lain membaca al-Quran.”

Ibnu Mas’ud kemudian membaca Surah an-Nisaa’ dan ketika sampai pada ayat 41 yang bermaksud, “Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini?” Baginda berkata dengan air matanya berlinangan: “Sudah, cukup.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah besarnya ganjaran membaca dan mendengar al-Quran. Apatah lagi sekiranya al-Quran itu difahami dengan mendalam isi kandungannya.

Bagi menyamarakkan kemuliaan serta menghayati bulan Ramadan ini, kita dikehendaki sentiasa membaca serta menghayati isi kandungan al-Quran.

Ini kerana amalan membaca al-Quran itu dikira sebagai berzikir, malah zikir al-Quran lebih utama daripada zikir yang lain.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini