Teruja Nak Divaksin, GeIagat Warga NepaI Tak H3nti2 Ambil Gambar Buat Ramai Terhibur

Program vaksinasi di negara kita dilihat semakin cepat apabila ramai golongan muda yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Tak hanya itu, warga asing yang menetap dan bekerja di negara kita juga ada yang sudah mendapatkan suntikan tersebut bagi mengelakan lebih ramai yang mengalami penularan wabak tersebut.

Nampak teruja nak di vaksin

Sudah tentu pelbagai kisah menarik diperoleh sepanjang program ini berjalan. Gelagah individu yang mahu mendapatkan suntikan kadang kala memberi senyuman kepada mereka yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini.

Menerusi video yang diperoleh daripada pengguna TikTok dikenali sebagai nanaabdulrazak, dia telah berkongsi keterujaan seorang warga Nepal yang tidak lekang dengan telefon bimbitnya semasa sedang menunggu untuk urusan vaksin.

Video: Klik disini untuk tonton

@nanaabdulrazak

Memanjang ye amek gambar 😝😝😅đŸ¤ŖđŸ¤Ŗ mamat nepal. Nampak tak dia pon excited. Drpd korang nk jadi antivax apa dpt

â™Ŧ original sound – Nana Abdul Razak – Nana Abdul Razak

Bertugas di kaunter PPV

Sukarelawan yang bertugas di kaunter PPV itu juga memaklumkan yang warga Nepal itu mengambil gambar di setiap sudut kerana begitu teruja untuk mendapatkan vaksinnya.

Terima kasih kerana beri layanan yang baik

Sehubungan dengan perkongsian pengguna TikTok itu, rata-rata warganet turut sama terhibur melihat gelagatnya yang seakan begitu gembira mendapatkan vaksin kepada Covid-19.

Mereka juga memuji barisan sukarelawan dan fronliners kerana tetap melayan warga asing tersebut dengan baik walaupun dia bukan rakyat tempatan.

Alhamdulillah, tiada diskriminasi

Dapat ambil gambar tunjuk dekat family

Kerja jauh dari keluarga, kesihatan paling utama

Malu kalau rakyat sendiri masih anti vaksin

Mesti dia seronok dapat vaksin

Sumber: TikTok nanaabdulrazak Via OhMediaCC

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini