Terseremp4k KeIuarga Berjalan Kaki Dekat Jambatan, Rupanya Mereka Terp4ksa Keluar Rumah Sewa

Tular baru-baru ini satu perkongsian daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Dzar Omar akan kisahnya ketika sedang memandu di jalan raya dan terserempak dengan satu keluarga berjalan kaki dekat jambatan.

Lelaki ini kemudian pusing balik dan menyapa mereka, alangkah sedihnya saat diberitahu si bapa akan kisah mereka yang terpaksa keluar rumah sewa dan dalam perjalanan menuju ke rumah ibunya. Si bapa pula kerja kontak dan menurutnya sepanjang PKP memang tiada kerja.

Jom baca kisahnya yang agak menyedihkan ini:

Tadi masa tengah bawa kereta, ternampak keluarga ni berjalan tengah panas dekat jambatan tu.
Saya pusing balik panggil mereka untuk turun bawah.

Saya: bang, nak pergi mana ni ?
Abang: nak pergi sungai udang rumah mak nak tumpang makan, lepas tu nak cari rumah sewa ( dari meru nak ke sungai udang klang )

Dalam kesusahan, tidak mahu menyusahkan orang.
Saya: abang tunggu jap, saya orderkan grab untuk abang

Abang: eh xpe, susah2 je.

Saya: tak susah pun bang, tunggu sekejap.

Saya minta anak isterinya duduk dalam kereta saya, saya berbual dengan suaminya diluar.

Saya: maaf tanya kenapa nak pergi sungai udang ?

Abang: saya kena keluar dari rumah sewa, jadi nak pergi rumah mak ni

Saya: abang kerja apa ?

Abang: saya kerja kontrak, tapi PKP ni memang takda kerja.

Saya: bersabar bang ye.

Sebelum balik, kami bagi duit belanja pada abang ni. Dan beri sedikit nasihat: Abang kerja baik-baik, rajin-rajin dan jaga solat ye, insya Allah berkat.

Moga boleh teruskan hidup dan buat modal untuk berniaga.

Pengajaran: kalau bawa kereta tu, pandang lah kiri kanan tengok hamba Allah yang susah.

tengok anak kecil umur 2 tahun berjalan tengah panas.

Lupa sangat nak ambil no tel abang ni.

Ya Allah, angkat lah wabak ini, berilah ketenangan pada kami. Bantulah kami dalam segala urusan kami. Saudaraku, jangan mengeluh dengan kehidupan kita. Sebaliknya bersyukur dengan apa yang kita ada.

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini. Sama-samalah kita hulurkan pertolongan jika mengetahui atau jumpa orang yang dalam kesusahan. Sedikit pertolongan daripada kita mungkin membawa seribu makna buat mereka.

Kredit: Abu Dzar Omar Via nangtime

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini