Terpaksa Bersanding Sendirian, Pengantin Lelaki Ini Tidak Mampu Tahan Emosi

Ketika mempelai lain duduk di pelamin dengan pasangan pada hari bahagia, lain pula kisahnya dengan Muhammad Iqbal Ishak yang hadir bersendirian ke majlis persandingan tanpa ditemani isteri tercinta.

Kisah Muhammad Iqbal, 21, yang juga anggota poIis itu mendapat perhatian selepas isterinya, Nor Syafiqah Rozita Rody, 24, memuat naik rakaman video kenangan ketika majlis persandingan itu di TikT0k kelmarin.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Muhammad Iqbal mengusap air matanya kerana tidak dapat menahan sebak ketika bersendirian di peIamin.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Iqbal yang menetap di Batu Caves, di sini, berkata, majlis persandingan itu sepatutnya diadakan pada 12 Disember tahun lalu namun terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana dipanggil melapor diri sebagai anggota poIis seterusnya ke pusat latihan.

“Jadi, isteri pilih untuk melangsungkan majlis persandingan pada 29 September lalu sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami.

“Dua minggu sebelum majlis, kami bersama-sama pergi mencuba busana pengantin malah semua persiapan sudah dibuat.

“Ditakdirkan, sehari sebelum majlis iaitu pada 28 September, saya bawa isteri ke klinik kesihatan untuk periksa bayi dalam kandungan tetapi doktor dapati isteri Iemah akibat aIahan teruk kemudian merujuknya ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke dalam wad,” katanya.

Menurutnya, dia cuba berunding dengan doktor untuk mendapatkan kebenaran isterinya keluar dari wad.

“Dalam pertemuan itu, doktor nasihatkan saya untuk biarkan isteri terima rawatan di wad.

“Ia kerana doktor khuatir berlaku perkara tidak diingini kepada isteri dan bayi dalam kandungan sekiranya saya berkeras.

“Jadi saya akur dan memikirkan keluarga isteri sudah datang dari Sabah serta tetamu sudah diundang maka saya teruskan juga majlis.

“Saya cuba mengawal emosi tetapi menangis juga akhirnya sewaktu berjalan masuk ke dewan majlis dan berada di atas peIamin. Keluarga saya dan isteri yang cuba tenangkan serta beri sokongan moral.

“Tetamu yang hadir terkejut juga awalnya apabila melihat saya seorang saja hadir namun faham selepas diberitahu perkara sebenar oleh pengacara majlis,” katanya.

Muhammad Iqbal berkata, hatinya ketika itu sedikit terubat apabila dapat membuat panggilan video dengan isterinya ketika di atas peIamin.

Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku cuma sebak mengenangkan onak liku ditempuh sebelum dan selepas berumah tangga.

“Selepas lebih setahun berkenalan, saya dan isteri rancang untuk bernikah dengan tarikh awalnya adalah pada 18 Jun tahun lalu.

“Keluarga sempat merisik isteri secara dalam talian malah bayaran untuk tempahan juga sudah dilangsaikan dua minggu lebih awal namun hasrat untuk melangsungkan akad nikah tidak kesampaian kerana pelaksanaan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP).

“Jadi kami tunda tarikh ke 29 September tahun lalu namun hanya dapat sempurnakan akad nikah saja dan tidak dapat bersanding kerana saya pula dapat tawaran sebagai anggota poIis,” katanya.

Katanya, selepas berkahwin, Nor Syafiqah Rozita tidak sihat kerana alahan teruk hingga terpaksa tinggal bersama keluarga di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah.

“Kiranya, kami sudah lebih setahun berhubungan jarak jauh dan sempat duduk bersama sebulan saja.

“Apa pun, saya tidak menyalahkan takdir kerana semuanya percaturan Allah. Allah uji kerana kami mampu malah saya yakin ramai lagi berdepan ujian lebih hebat,” katanya.

Berhubung video yang tuIar pula, Muhammad Iqbal terkejut kerana tidak tahu isterinya muat naik rakaman berkenaan di TikTok pada awalnya.

“Saya sedar apabila terima banyak notifikasi di telefon bimbit.

“Alhamdulillah, setakat yang saya baca semuanya positif cuma ramai persoalkan kenapa tidak teman isteri di wad.

“Hakikatnya, saya tidak boleh ada di wad sepanjang masa kecuali ketika waktu melawat. Apa pun terima kasih atas semua doa yang baik buat saya dan isteri,” katanya.

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini