Terp4ks4 Kutip sIs4 Makanan Dan Makan Makanan lebihan Orang, rupa-rupanya pak cik ini sedang hadapi ujian terbesar dalam hidupnya

Tidak semua orang bertuah dengan mendapatkan segala keperluan hidup. Ada yang terpaksa bekerja keras dalam melakukan apa sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup.

Jadi, kita sebagai orang mampu, tiada salahnya untuk kita membantu mereka yang memerlukan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang baik hati apabila dia tanpa berfikir panjang telah membelikan makanan buat seorang pak cik. Kisah tersebut telah diceritakan sendiri oleh wanita bernama Erviana Elvy melalui akaun Facebook miliknya.

Menurut Erviana ketika dia sedang makan di KFC Lido dia ternampak seorang lelaki berusia 50-an yang kelihatan seperti orang kelainan upaya (OKU) sedang memungut sisa dan tulang dari bekas makanan orang.

Selesai memungut sisa makanan dia duduk semula di kerusi bersama roti kering dan air coke lebihan orang.

Tambah Erviana lagi, ketika itu dia mula membayangkan jika pak cik tersebut adalah bapanya sendiri yang terpaksa mengemis. Jadi, dia pun memesan set makanan KFC untuk pak cik tersebut.

Pak cik tersebut sangat terkejut apabila menerima pemberian tersebut. Dalam keadaan sakit pada bahagian lehernya, pak cik tersebut tetap cuba untuk menunduk sebagai ucapan terima kasih.

Mereka kemudian mula berbual sambil makan. Rupa-rupanya pak cik itu merupakan pesakit kanser tahap 4. Dengan senyuman dia memberitahu bahawa dia sudah menjalani rawatan kemoterapi selama 45 kali dan sudah 10 tahun dia sakit.

Namun begitu, sel kansernya masih aktif dan semakin membesar. Sehingga kini dia tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatannya. Dia perlu menahan sebelah kepalanya untuk menyokong bahagian sebahagian lehernya. Sistem badannya juga sudah semakin tidak boleh berfungsi baik.

Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila dia memberitahu bahawa tulang-tulang ayam yang dikumpulkan adalah untuk diberikan kepada dua ekor anjing milik jirannya. Jirannya merupakan orang tua berusia 75 tahun yang tinggal bersendirian.

Jadi, dia bimbang jika anjing-anjing itu tidak diberikan makanan dan mati. Memandangkan dia tidak mampu membelikan makanan buat anjing-anjing itu, jadi dia membantu dengan mencari makanan sementara dia masih hidup.

Erviana sempat memberikan kata-kata semangat buat pak cik itu. Katanya walaupun doktor memberitahu dia sudah tiada harapan untuk hidup tetapi yang menentukan hidup dan mati adalah Tuhan. Jadi, teruslah berharap kepada Tuhan.

Ketika mendengar kata-kata itu, pak cik tersebut mengalirkan air mata. Menurut pak cik itu lagi dia juga percaya yang perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Sebelum berlalu pergi, lelaki tua itu juga memberikan nasihat kepada Erviana untuk rajin sembahyang.

Kisah yang diceritakan oleh Erviana sangat menyentuh hati. Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa di luar sana masih ada yang lebih susah daripada kita. Hari ini kita mengeluh kerana kipas angin rosak, atau mungkin kerana makanan yang dipesan tiba lambat tetapi tanpa kita sedari ada ramai di luar sana yang terpaksa berjemur di bawah terik matahari untuk mencari rezeki malah ada yang terpaksa berlapar untuk membantu keluarga.

sumber : erabaru

Jom join group ni.. Istimewa untuk masing2 share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini