Termenung Majikan, Bila Ada Calon Temu Duga Lulusan Ijazah Hantar Resume Jawatan ‘Cleaner’

Graduan terutamanya seringkali merungut mengenai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai mengikut bidang dan kelayakan mereka. Gaji yang rendah juga turut menjadi faktor penyebab kepada masalah ini.

Namun begitu, ada sahaja graduan yang tidak memilih kerja seperti yang dikongsikan oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad menerusi Facebooknya ini.

Sebagai majikan, dia terkedu apabila melihat permohonan kerja oleh seorang individu di syarikatnya sebagai seorang tukang cuci sedangkan mempunyai kelayakan ijazah.

Petang tadi HR kami bawa resume seorang adik ini. Ada degree, namun pilih nak jadi cleaner. Termenung jugalah saya memikirkannya.

Kami memang duk cari cleaner ini dah sebulan lebih. Susah bukan main. Dan banyak jawatan lain dah pun berisi.

Saya cakap dengan team, orang ini harus diperhalusi. Orang yang tak memilih ini petanda dia super rajin. Bukan senang zaman sekarang ini nak jumpa orang-orang yang ada sijil namun ada adab dan merendah diri begini.

Zaman ini, asal pandai sahaja itu tiket nak kurang ajar. Asal bijak sahaja, itu tiket nak melawan dan bertempur. Asal hebat belajar sahaja, itu tiket nak marah maki sesiapa yang ada.

Iya bukan semua, namun ia semakin majoriti. Menakutkan. Kawan-kawan, Jika kalian jumpa orang begini, ambil! Dia mungkin ada sesuatu yang kita cari. Kagum!

Sumber: FB Tuan Khairul Hakimin Muhammad

Jom join group ni.. Istimewa untuk masing2 share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini