Terlebih exited budak 3 tahun belari peluk kawan baik.. Sebab Lama tak jumpa gara2 Covld

Susulan penangan wabak COVID-19, tak dinafikan bahawa seluruh dunia sedang melalui fasa kuarantin atau ‘lockdown‘ biasanya di kediaman masing-masing. Demi memutuskan rantaian pandemik tersebut, sesetengah pihak malah terpaksa menahan rindu daripada berjumpa dengan ahli keluarga serta rakan karib seperti dialami oleh 2 orang budak dari Brooklyn, New York ini.

Dah berbulan tak jumpa kawan baik…selalu bertanya & pura-pura main bersama di rumah

Menerusi sebuah rakaman viral di Amerika Syarikat, seorang budak berusia 3 tahun yang memakai baju kelabu ini sangat teruja gara-gara akhirnya berjumpa dengan kawan baik setelah berbulan lamanya. Memetik laporan portal Daily Mail, ibunya menyatakan bahawa mereka telah bersahabat sejak 3 tahun lalu malah hadir di sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang sama. Sepanjang tempoh lockdown, kedua-duanya sering bertanyakan antara satu sama lain serta ]pura-pura main bersama di rumah.

Terus berlari sebaik cam wajah William…saling memeluk & lompat gembira bersama

Gara-gara itu, ibu kedua-duanya bersepakat untuk buat kejutan reunion istimewa sambil merakam detik indah tersebut. Pada awalnya, budak lelaki berbaju kelabu dalam video tersebut tak dapat menduga siapakah individu yang akan ditemui oleh mereka. Namun sebaik mengecam wajah rakan baiknya, dia terus berlari sambil menjerit nama William. Di samping memeluk erat seolah-olah melepaskan rasa rindu yang tak terhingga, mereka berdua juga dilihat melompat kegembiraan apabila dapat kembali bersama.

Video:

Sumber:Kisah Dunia Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini