Terkenal Dengan Drama CiIi Padi, Melissa Saila Rupanya Sudah Menjangkau Usia 50 Tahun, Begini Keadaan Terkini Beliau

Jika disebut drama rantaian Cili Padi yang popular di era 90 an dulu, pastinya ramai yang masih mengingati wajah pelakon-pelakonnya. Anne Ngasri, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Nik Fariz Nik Fadzil dan Jaafar Onn menjadi tonggak utama drama ini.

Kini sudah berpuluh tahun berlalu, ada yang masih aktif dalam dunia seni dan ada juga yang sudah bersara. Salah seorang yang masih aktif adalah Melissa Saila. Anak kepada seniwati Mariani ini masih kekal bertenaga.

Dar4h seni yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan Melissa tidak dapat berpis4h dengan dunia seninya ini. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa Melissa adalah anak saudara kepada biduanita Saloma dan lagenda P. Ramlee.

Kini menginjak ke usia 50 tahun, Melissa Saila kekal cantik dan menawan. Membesar dalam sebuah keluarga seni, Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan Seniwati Mariani sudah cukup membuktikan bakat semula jadi yang ada dalam dirinya.

NONA pernah mengajukan pertanyaan rahsianya yang sentiasa kelihatan muda. “Ya ke, adoi! Tak terfikir pun. Bagi saya mudah sahaja, apa yang penting adalah minda kena selalu sihat dan selalu positif. Jangan banyak streskan otak,” kongsi Melissa Saila kekal cantik sehingga sekarang.

Nama Melissa Saila juga begitu sinonim dengan drama Cili Padi. Membawakan watak sebagai Maria dalam drama yang mengumpulkan kanak-kanak sebagai watak utama, Melissa Saila umpama tidak makan tua.

Melissa Saila atau nama sebenarnya Melisa Mohd Alias bercerita tentang penglibatannya sebagai seorang Pengarah, “Sudah lebih 10 tahun saya bergiat aktif dalam dunia pengarahan.

Tetapi kebanyakan adalah dalam bentuk drama. Pernah juga dulu saya mengarah sebuah filem tetapi sayangnya filem itu tidak keluar panggung. Ada beberapa masalah yang menyebabkan filem itu tidak dapat ditayangkan,” terang wanita kelahiran Kuala Lumpur ini.

Jawab wanita yang pernah berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang ini apabila diajukan pertanyaan tentang cabaran mengarah era digital, jawabnya ringkas, “Sekarang lebih banyak kemudahan berbanding dahulu. Tapi nak cari agar cinematic tu yang payah,” kata wanita yang pernah berlakon dalam filen Ranjau Sepanjang Jalan ini.

Lebih 36 tahun terlibat dalam dunia seni, sudah tentu asam garam dalam bidang ini sudah dilalui oleh wanita ini. Ketika ditanya apakah perbezaan industri dahulu dengan sekarang, jawabnya, “Sekarang zaman nak popular. Semua tentang populariti semata-mata,” katanya yang mempunyai syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor.

Melissa Saila telah mendirikan rumahtangga dengan Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Noor binti Megat Fauzi, 18 tahun, Zain bin Megat Fauzi, 16 tahun dan Zahrah binti Megat Fauzi, 13 tahun.

Ketika ditanya apakah pesanan yang sering diberi oleh anak seniwati Mariani ini kepada anak-anak, jawabnya, “Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.

Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga,” bicara Melissa mengakhiri perbualan.

Antara komen netizen:

– ” Awet muda kak lis.. “

– ” Ok .. this is soo funny kak.. “

– ” Lis utk umur mcm you dah kira terbaik sangat2 dah ni.. “

– ” Hahaha cute. Filterr lak liss filter plss.. “

Sumber Nona

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini