“Terk3jut M4yat B4ngkit Sebelum Terbaring Semula 15 Minit Kemudian” – Pem4ndu Van Jen4zah

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar 1980-an itu berlaku ketika dia membawa jen4zah berkenaan dari H0spital Melaka ke sekitar Batu Pahat, Johor, sambil ditemani penjaga rumah m4yat, Rohani Akop.

Katanya, ketika dalam perjalanan, mereka terk3jut apabila m4yat lelaki dibawa di bahagian belakang van tiba-tiba bangun daripada pembaringan.

Senin berkata, disebabkan m4yat lelaki itu berbadan besar ia hanya dibaringkan di atas alat peng4ngkat sahaja tanpa boleh ditvtup.

“Kej4dian berlaku ketika kami sampai ke Muar. Melalui cermin pandang belakang, saya dapati m4yat itu bangun walaupun ditutup kain putih.

“Kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian, m4yat terb4bit baring semula sehinggalah kami tiba kediaman keluarga m4yat berkenaan,” katanya.

Dia bersyukur diberi keku4tan dan semangat sep4njang perjalanan untuk menyelesaikan misi menguruskan jen4zah dengan sel4mat.

Beliau berkata, kejadian itu antara pengalaman hampir 30 tahun bertugas termasuk di Hospital Jasin selama lima tahun.

“Terkejut Mayat Bangkit Sebelum Terbaring Semula 15 Minit Kemudian” – Pemandu Van Jenazah

“Saya bersyukur tiada sebarang kemalangan berlaku sepanjang bertugas membawa ambulans, van jenazah dan lori sampah di hospital.

“Malah kerjasama baik diberikan orang ramai yang memberi laluan ketika ambulans melalui kawasan perumahan dan kampung juga melancarkan pergerakannya membawa pesakit,” katanya.

Baginya, bekerja ketika Aidilfitri selain dipanggil bertugas sewaktu beraya antara pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Dia yang tinggal di kampung Pulau Kelapa di sini juga mengakui tugas sebagai pemandu di hospital amat mencabar kerana memerlukan fokus yang tinggi di jalan raya bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Apapun, dia gembira kerana dapat menyumbang kepada komuniti ketika mereka dalam kesedihan, kesukaran dan menghadapi saat genting.

Sumber: Harian Metro Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini