“Teringin nak ada anak… 10 tahun menanti tanpa zuriat.” – Wanita lni Minta ‘edit’ Ada Anak Buat Ramai Seb4k

“Teringin nak ada anak… 10 tahun menanti tanpa zuriat.” Demikian dikongsi pengguna Faceb00k, Nourfi menerusi grup Faceb00k Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta ahli grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil bersama bayi di sebelahnya.

Nourfi, salah seorang wanita yang sedang menunggu cahaya mata selama 10 tahun, berkongsi fotonya seorang diri di dalam sebuah bilik.

Ujarnya, “boleh tak toIong edit kan ada baby comel tengah baring sebelah kita… teringin nak ada anak… 10 tahun menanti tanpa zuriat.”

Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sp0rting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Susulan perkongsian Nourfi, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaannya dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.

Apa yang menjadi perhatian warga maya, ramai yang meluahkan sebak dan tersentuh dengan hasil suntingan terbabit serta mendoakan wanita berkenaan mendapatkan zuriat suatu hari nanti.

Rata-ratanya mereka mendoakan agar ditiupkan maIaikat kecil dalam rahim wanita berkenaan serta meminta Nourfi untuk terus cekal dan tabah.

Ujar mereka:

“Saya tak pandai sangat edit.. saya doakan awak dimurahkan rezeki mendapat baby yang soleh dan solehah.. awak kuat…”

“Saya edit untuk beri harapan, kuatkan semangat jangan berpµtus asa.. ikhtiar, berdoa dan tawakal.”

“Semoga dikurniakan cahaya mata.. marilah sama-sama kita berdoa agar dimakbulkan hajatnya.”

“Ya Allah, seb4knya, moga sis kuat dan tidak putµs usaha untuk dapatkan baby ya.”

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kau utuskanlah malaikat kecil buat kakak ini. Tabahnya dia dan suami menunggu si kecil.”

Sumber FB Grup Edit Apa Hari Ini

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini