Ul4r Sawa Batik Seberat 100kg Di Temui Dalam T4yar Terpak4i Di Kelatan..”Fuhh Besarnyaa”

Kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang 4.5 meter dan berat kira-kira 100kg dikhuatiri mengancam penduduk berhampiran di sebuah Chalet di Kampung Raja Dagang di negeri Kelantan

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tok Bali, Ibrahim Mohd Rohni, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi memaklumkan kehadiran ular sawa dalam tayar lori terpakai di kawasan tapak pembinaan sebuah chalet di Kampung Raja Dagang.

Ular sawa itu mula-mula ditemui oleh kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di sekitar kawasan tersebut.

Ular Sawa Batik Seberat 100kg Dikesan Berada Dalam Tayar Lori Terpakai Di Kelantan

Sebanyak 8 orang anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi dan menemui ular sawa batik itu yang bersembunyi di sebuah tayar lori terpakai.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kita dapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter dan berat lebih kurang 100 kg yang berada di dalam tayar lori buruk.”

Kehadiran ular sawa itu dikhuatiri akan mengancam dan mengganggu ketenteraman penduduk dan pekerja di tempat tersebut.

Walaubagaimanapun, pasukan Bomba Dan Penyelamat kemudiannya berjaya menangkap ular sawa batik tersebut dalam masa lebih kurang 20 minit.

Menurut Tuan Ibrahim Mohd Rohni , ular sawa berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Kredit: JPBM Negeri Kelantan

Sumber:ArenaGempak

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini