Tegur4n buat mereka yang rak4m kej4dian lucu masa s0lat kemudian viralk4n – “Seolah-olah kita perkecilk4n tuntut4n agama”

DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, digalakkan untuk seisi keluarga menunaikan ibadah secara berjemaah di rumah memandangkan surau dan masjid tidak dibenarkan beroperasi bagi membendung penularan Covid-19.

Namun, sejak kebelakangan ini tular beberapa video yang menunjukkan solat jemaah terhenti disebabkan beberapa perkara yang berlaku sekali gus menyebabkan solat terbatal.

Pada Khamis lalu, seorang pendakwah, Nik Nizam Nasir menerusi perkongsian di Facebook peribadinya tampil memberi teguran kepada individu yang memuatnaik video tersebut kepada orang ramai untuk tujuan viral.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan yang besar dalam solat apabila kita menjadikannya sebagai bahan jenaka.

“Walaupun tujuan asal kita bukan nak mempersendakan agama tetapi orang lain yang menonton itu beranggapan ia sebagai bahan jenaka.

“Masalah menjadi semakin besar apabila semakin ramai share dan ketawa dengan ‘jenaka’ tersebut.

Perkongsian Nik Nizam Nasir mendapat perhatian netizen.

“Allah berfirman, jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah dengan al-Quran supaya tiap-tiap diri tidak terjerumus dengan sebab apa yang ia usahakan,” ujar Ustaz Nik Nizam menerusi perkongsian di Facebook.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai perbuatan yang mempersendakan agama.

“Ia boleh berlaku sama ada melalui lisan ataupun perbuatan terutamanya menjadikan solat sebagai satu bahan jenaka.

Ayat tersebut jelas menyatakan haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan kukuh.
NIK NIZAM NASIR
PENDAKWAH
“Perbuatan ini seolah-olah kita memperkecilkan tuntutan agama,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga mengemukakan dalil yang menunjukkan adalah haram untuk memberhentikan solat tanpa ada uzur syarie.

“Allah berfirman, wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.

Antara komen netizen.

“Ayat tersebut jelas menyatakan haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan kukuh.

“Antara uzur syarie adalah takut kehilangan nyawa seperti diancam musuh atau binatang buas, takut kehilangan harta, dan ada menyelamatkan nyawa yang berada di dalam bahaya,” beritahunya lagi.

Posting yang dimuat naik oleh Nik Nizam Nasir pada Khamis lalu sehingga kini telah menerima sebanyak 852 perkongsian dan 729 tanda suka daripada netizen.

“Setuju… banyak benda lain boleh dibuat bahan ketawa. Jangan terlalu jahil sampai ibadah pun dibuat bahan lucu,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Dah jadi trend sekarang solat nak kena rakam… lepas tu share di media sosial,” ujar seorang wanita.

“Saya ada dua anak kecil yang buas, jadi saya dan suami ambil pendekatan untuk solat bergilir-gilir sebab nak jaga anak,” tambah netizen lain.

sumber mstar