Tauke Mahu Buat Sidang Media Dalam Masa Terdekat , Luah Pasal AlB & Mengump4t

Pelawak dan pelakon, Tauke Jambu kecewa apabila terus dikaitkan oleh orang ramai dengan berita mengenai seorang selebriti yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia baru-baru ini.

Menurut laporan mStar Online, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria mempersoalkan sekiranya perbuatan memfitnah, mengumpat dan sebagainya adalah tindakan mulia dalam kalangan masyarakat.

“Salam sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kira seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati.
“Kita membuka ruang untuk menghasut agar membenci sesama makhluk… adakah kita rasa begitu mulia?,” tulis pelakon berusia 45 tahun itu menerusi InstaStory.

Difahamkan, peserta program lawak pelbagai musim itu akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat dipercayai bagi membersihkan semula nama dan imejnya.

Malah, dia juga pernah berkongsi di InstaStory memaklumkan dirinya dihubungi beberapa peguam namun tidak dapat dipastikan mengenai tujuan tersebut.

“Wah ramai lawyer call aku ni.. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis berhubung kes ‘bapa ayam’ itu selain menegaskan bahawa dia sama sekali tiada kaitan dengan jenayah tersebut.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee)

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini