“Taub̷atlah, Allah N̷ampak Apa Yang Kita Bu̷at”- Fazura Rayu Pen̷ipu Bert̷aubat

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan kh!anat dengan men!pu menggunakan jenama tudungnya.

Menerusi Instagram Story Fazura yang dik0ngsikan beberapa jam lalu, aktres filem Senario XX itu telah memuat naik bukti perbuatan jhat individu terbabit.

Difahamkan, pen!pu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan jhatnya sejak beberapa bulan lalu, namun semakin menggnas sejak akhir-akhir ini.

“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk men!pu dan ramai yang terpdaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didkwanya itu sudah lama kehabisan stok.

“Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya.

Fazura turut merayu agar pelaku itu segera memulangkan kembali duit pelanggannya dan berharap agar pelaku tersebut bertaubat.

“Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.

“Duit semua orang tu, ingat percuma ke? Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.

“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura meluahkan rasa bersyukur dan terharu apabila tudung jenamanya yang dijual dengan harga RM27 berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh beberapa jam.

Sumber Asal: Xtra, Instagram Fazura

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini