Ti̷ada K̷aki Dan Tang̷an Seorang Wanita OKU Men̷angis Terima Gerai Sumb̷angan..Ikuti Kisahnya

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.

Terbaharu, perk0ngsian Ustaz Ebit di Facebook mengenai bantuan yang dihulurkan kepada seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mendapat perhatian ramai.

Menurut Ustaz Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur menimbulkan rasa hiba dalam hatinya.

“Tiada dua tangan dan tiada dua kaki. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita.

“Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli.

“Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini,” ujarnya di Facebook.

De.dah Ustaz Ebit, wanita itu merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu dengan menghadiahkan gerai mudah alik untuk wanita itu.

Sewaktu menyampaikan bantuan berkenaan, wanita itu juga gagal menahan air mata seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dihadiahkan kepadanya.

“Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis.

“Ya Allah, ustaz… mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini,” imbas Ustaz Ebit lagi.

Ujarnya, wanita itu akan berniaga di hadapan tasik di Sri Rampai.

Selain kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah ayam penyet untuk pelanggannya.

“Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini,” ujar Ustaz Ebit lagi.

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira atas bantuan yang disampaikan dan mendoakan kesejahteraan wanita itu serta Ustaz Ebit sendiri. – Sumber & foto dipetik dari mStar, Facebook Ustaz Ebit Lew

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini