Tanam Kacang Bulu Lebih Lumayan Dari Makan Gaji – Pemuda lni Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pengurus Projek

Seorang pemuda dari Kampung Sungai Ikan, di sini sanggup berhenti kerja sebagai pengurus projek sebuah syarikat minyak dan gas demi memenuhi impian sentiasa dekat bersama keluarga sambil mengusahakan tanaman kacang edamame.

Kacang edamame atau lebih terkenal dengan panggilan kacang bulu dalam kalangan penduduk setempat di tanam di atas tanah berkeluasan 1.6 hektar sejak 2020.

Nur Azri Nor Azman, 30, berkata dia sanggup mengambil risiko berhenti kerja di syarikat minyak dan gas terkemuka kerana yakin mampu menjana pendapatan lebih Iumayan melalui bidang pertanian itu.

“Sebelum ini saya sering ke Sabah atau Sarawak untuk berkerja sehingga tiada masa bersama keluarga.

“Sekarang, disamping mengusahakan tanaman kacang bulu itu, saya sentiasa dekat dengan keluarga. Paling penting pendapatan melalui penjualan kacang buIu itu jauh lebih lumayan berbanding kerja makan gaji, ” katanya ketika ditemui di ladang kacang buIu miliknya di Kampung Sungai Ikan, di sini.

Nur Azri berkata, dia bermula dengan 0.8 hektar tanah untuk tanam kacang bulu itu sebelum menambah keluasan tanah sebanyak 0.8 hektar lagi berikutan permintaan terhadap kacang bulu itu semakin meningkat.

“Sebelum ini tak ramai yang menyedari kacang bulu atau edamame yang terkenal di restoran shushi atau makanan Jepun itu juga ditanam di negeri ini.

“Bagaimanapun, sekarang kacang buIu semakin popuIar dan dijual meluas di tepi jalan dan melalui media sosiaI.

“Saya sendiri mempunyai empat gerai penjualan kacang bulu di sekitar daerah ini selain bakal dibuka di Selangor dalam tempoh terdekat, ” katanya.

Menurutnya, istimewa kacang bulu berbanding tanaman sayur-sayuran lain kerana ia boleh ditanam sepanjang musim.

“Pokok kacang bulu juga senang ditanam dan mudah hidup selain jangka masa tuaian yang singkat.

“Paling singkat dalam tempoh 60 hari kacang bulu itu sudah boleh dituai, dijual dan sehingga kini saya mampu menghasilkan sebanyak tiga tan matrik semusim, ” katanya.

Sumber BH

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini