Takzi̷ah, Komposer A Ali Kemb̷ali Ke Rahmatullah

Selepas sehari dunia hiburan diselubungi berita sedih dengan kemat!an komposer Ruslan Mamat, kisah duka bertandang lagi.

Kali ini komposer ternama A Ali pula menghembuskan nafas terakhir pada pagi, Sabtu.

Media dimaklumkan oleh ahli keluarga Allahyrham, komposer itu men!nggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih.

“Assalamualaikum. Saya anak kepada Hamdan B Atan @ A.Ali, dengan ini memberitahu perkara mendukacitakan. Ayah saya telah kembali kerahmatullah pagi tadi dalam keadaan tidur.

“Jena.zah sekarang berada di Hospital Kajang untuk urusan bawa balik ke rumah. Semoga r0h arwh ayah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Menurut anak kepada A Ali iaitu Nur Huda, jena.zah akan dikebumikan di Tanah Perkub0ran Islam Sungai Kantan Kajang selepas solat Zohor.

Allahyrham yang berusia 71 tahun men!nggalkan seorang isteri, sembilan orang anak dan 10 cucu.

A Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan merupakan bekas pemain gitar dan penyanyi kumpulan Kembara yang turut diangg0tai oleh penyanyi terkenal Datuk M Nasir.

Allahyrham pernah bersama ahli kumpulannya membuat persembahan pada malam Gala Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada November 2014.

Lagu ciptaan Allahyrham iaitu Menaruh Harapan yang nyanyikan oleh Zaiton Sameon memenangi Anugerah Juara Lagu 1987.

Allahyrham juga antara komposer yang menaikkan nama penyanyi terkenal seperti Rohana Jalil menerusi lagu ciptaannya Resahku dan Francissca Peter (Diri Ku Terbelenggu).

Beliau juga pernah bergandingan dengan John Goh menubuhkan kumpulan Pelangi yang popular menerusi lagu Biarku Menjadi Lilin (1985).

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber dipetik dari mStar | Via Mytv Viral