Tak Hiraukan K̷ontr̷oversi Yang Melanda, Sufian Suhaimi Masih Mahu Menimba Ilmu Dari Ustaz Ebit Lew

Sungguhpun sejak kebelakangan ini Ustaz Ebit Lew kerap dihujani kontroversi, namun, penyanyi Sufian Suhaimi tetap menyambut baik inisiatif pendakwah bebas tersebut yang melayangkan jemputan untuk bertemu dengannya.

Menurut Sufian, 29, dia tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku, sebaliknya hanya ingin memberi fokus terhadap apa yang mahu disampaikan oleh Ebit.

“Kita dengar juga macam-macam cerita. Saya sudah lama dalam industri. Macam-macam drama pernah dengar dan saya sendiri lalui. Bila cerita tentang Ustaz Ebit Lew keluar, saya nampak dia sama mcm orang lain, sebab kita tak sempurna.

“Bila dia ajak buat kebaikan, takkan nak jadikan kesalahan dia sebagai alasan untuk saya tidak buat baik? Begitu apa yang saya lihat. Kita tak tahu dosa kita. I don’t judge people. Apa yang dibuat antara dia dengan tuhan. Tapi kalau dia nak bagi benda baik, kita terima,” ujarnya kepada Gempak.

Sufian mengulas mengenai video pertemuan dengan Ustaz Ebit Lew yang dimuat naik di Instagram pendakwah itu baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tambah Sufian, tiada perancangan khusus yang dibuat lewat pertemuan tersebut. Hanya perbincangan tentang hal-hal berkaitan dengan agama.

“Sebenarnya tiada apa-apa perancangan pun. Mungkin sebab bisnes kot, sebab produk yang saya keluarkan iaitu bantal zikir ada kaitan dengan agama. Dari situ, saya berminat nak mendalami agama. Justeru, apabila mendapat jemputan ke rumah Ustaz Ebit Lew untuk sesi sharing, saya pergi.

“Kebetulan nak tahu tentang agama, dapat pula jemputan. Jadi, saya pergi dan dengar apa yang ingin dia kongsikan,” ujar Sufian.

Tambah Sufian, mendalami agama ketika pandemik juga dapat memberikan manfaat memandangkan dia tidak terlalu sibuk dengan urusan nyanyian. Dalam masa yang sama, dia juga melihat proses mendalami agama sebagai satu proses yang berpanjangan.

“Bagi saya, agama merupakan sebahagian daripada ilmu. Kita masih boleh belajar agama sampai bila-bila. Apabila sudah habis pandemik pun, saya masih orang biasa, saya masih dalam industri, masih hasilkan karya.

“Apa yang saya buat ni lebih kepada personal reason. Cuma nak tahu lebih mendalam pasal benda yang tidak tahu,” tutup Sufian.

Terdahulu, nama Ustaz Ebit Lew panas dek k0ntroversi yang mend4kwa dirinya sebagai d4j4l dan dituduh makan duit h4r4m.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : Gempak