“Tak Ada Benda Baik Ke Nak Cakap?” Net1zen Kec4m Jururaw4t K0ngsi PasaI TaIi Kendur Dan Spender L0ndeh

Sebagai seorang petug4s kesihatan, dah tentunya banyak perkara yang dorang dah pernah tengokkan? Macam baru-baru ni, seorang jururawat telah dikecam netizen selepas video TikTok yang dimuatnaik tular di media sosial.

“Tali branya kendur!”
Dalam video tersebut, jururawat hospital kerajaan ini telah menasihatkan orang ramai untuk tidak memakai seluar dalam koyak atau lusuh kerana kita tak tahu sekiranya akan berlaku kemalangan.

Kat sini akak nak bagi nasihat sikit dekat korang kat luar sana, lepas ni stop pakai spender yang koyak, yang tali dia dah nak putus, yang talinya dah kendur.

“Sebabnya kalau berlaku accident, kecemasan sekali orang bukak dekat dalam tu orang tengok spendernya berlubang, spendernya koyak, tali branya kendur, penuh dengan taik lalat. Ha, buat malu je.

“Tengok luaran bukan main. Kalahkan artis kalahkan top model. So lepas ni stop pakai ya. Beli baru. Tak semestinya yang mahal, yang murah pun takpe janji benda tu elok. Ok?”

“Amendelah judge spentot pesakit”
Malangnya video yang dimuat naik oleh wanita ini telah mendapat kecaman dari netizen yang menganggap jururawat ini telah membuka aib pesakitnya.

Malah, ada yang meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan ke atas jururawat tersebut. Untuk pengetahuan korang, video tersebut telah pun dipadamkan dari akaun jururawat tersebut. Mungkin niat dia hanya nak nasihatkan orang supaya tak malu kalau berlaku apa-apa kot, bukannya nak buka aib pesakit.

Kredit: karteldakwah Via Mediaportal