T̷ipu RM20.91 Tril̷ion Guna Nama TMJ, Susp̷ek BergeIar Datuk Seri Dikehendak̷i Pol̷is

Polis kini sedang membu ru tiga individu termasuk seorang wanita bergeIar ‘Datuk Seri’ dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen Letter Of Underta­king dengan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Iaporan polis dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor berhubung perkara membabitkan urusan tukaran mata wang asing mencecah sehingga AS$5 trilion (RM20.91 trilion).

Pemeriksaan mendapati dokumen itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergeIar ‘Datuk Seri’ yang mendkwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Dokumen palsu yang didkwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail itu adalah bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing Dolar Amerika kepada Ringgit Malaysia bernilai AS$200 bilion sehingga AS$5 trilion,” katanya.

Malah, hasil semakan pihak polis mendapati penama yang bergeIar ‘Datuk Seri’ itu tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai geIa­ran berkenaan.

Selain itu, wanita yang bergelar ‘Datuk Seri’ itu merupakan suspek dalam kes pen!puan draf Bank of Tokyo pada tahun 2011.

Bagaimanapun, siasatan kes masih dijalankan dan pihak polis berharap agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu ko­nonnya mempunyai hubungan baik de­ngan pihak Istana Diraja Johor tanpa usul periksa.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

SUmber: Xtra, Utusan | Via Mytv Viral