Susherrie Suki Cipta Sejarah, Anak Orang Asli Pertama Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia – Kini Genggam Ijazah Kelas Pertama & Fasih 4 Bahasa

Bukan mudah untuk melakar kejayaan cemerlang, melainkan dengan kerja keras dan rajin berusaha. 0rang asli di negara kita kini boleh tersenyum bangga dengan kejayaan suku kaum mereka, yang hebat dan cemerlang melakar kejayaan di universiti terkemuka di dunia, sekaligus mengharumkan nama negara.

Menerusi Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA), Susherrie Suki mencipta sejarah dari suku kaum Semai berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam bidang Perancangan Bandar Dan Hartanah (Bachelor of Science Urban Planning & Real Estate with First Class Honours).

Program Young Talent Programme (YTP).

Sherrie merupakan pelajar 0rang Asli yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Mudanya di mana sebelum ini juga mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A’s.

UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) dan juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di UK.

0rang Asli Suku Kaum Semai.

Sherrie juga berasal dari negeri Perak di mana ibu dan bapanya merupakan 0rang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak & Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.

Gadis cemerlang ini juga kini telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar Dan Perancangan Bandar (Urban Design And City Planning) di Universiti yang sama.

Fasih 4 Bahasa.

Bukan itu sahaja, Sherrie juga fasih berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa Melayu di mana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti dan di luar universiti.

Antaranya sebagai Ahli dalam Pertubuhan Diraja Perancangan Bandar (Royal Town Planning Institute – RTPI), Ketua Biro Publisiti di Bartlett Urban Planning Society, Ketua Biro Perhubungan Dan Korporat di UCL Malaysia Society, Ahli Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dan Ahli Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA).

Tahniah di atas kejayaan gadis muda ini yang merupakan anak orang asli pertama berjaya meraih keputµsan cemerlang menggengam ijazah kelas pertama di universiti terkemuka dunia. Semoga menjadi inspirasi buat kita dan suku kaum orang asli yang lain juga dalam melakar kejayaan, sekaligus mengharumkan nama negara.

Sumber ig persatuanmahasiswaorangaslimys

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini