Ramai S̷edih B̷aca Sur̷at Dari Ibu Ini Sebelum Meningg̷aI Dunia,“Jang̷an Tutup Muka S̷aya Dan Tunjuk Kep̷ada Anak Saya”

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu…

Walaupun sakit atau mengalami masalah, setiap ibu mesti akan cuba yang terbaik untuk sentiasa berada bersama dengan anak-anak mereka. Malah, ada yang sanggup untuk dahulukan perkara yang berkaitan anak-anak.

Namun, baru-baru ini gambar sepucuk surat yang sepenuhnya ditulis dengan tangan oleh seorang ibu menyebabkan ramai yang bersedih kerana setiap ayat yang memilukan.

Menerusi akaun official_rizalhakimm di Instagram, dikongsikan gambar tersebut yang dipercayai ditulis wanita berkenaan sebelum meninggal dunia. Apa yang membuatkan ramai pilu adalah disebabkan permintaan dari ibu tersebut.

Ibu itu juga memberitahu dalam surat yang sama, bahawa dia mempunyai seorang anak yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana mengalami masalah percakapan.

Malah, dia meminta untuk mukanya jangan ditutup dan tunjukkan kepada anaknya yang bernama Imran supaya tahu bahawa dirinya sudah meninggal dunia.

“Seperti sudah tahu ajal akan tiba” – Netizen

Di akhir surat tersebut, turut dikongsikan beberapa nombor telefon kenalan ibu kepada Imran supaya dapat membantu memudahkan pengurusan dari pihak hospital berkaitan dengan kematiannya.

Turut ada juga yang mendoakan supaya ibu tersebut di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan ada yang mengharapkan agar Imran terus tabah untuk meneruskan hidup tanpa yang tersayang di sisi.

Ig FullSumber: Instagram , Lobak Merah

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sebak mereka di bahagian komen posting Instagram tersebut kerana dikatakan dirinya seakan tahu bahawa ajalnya akan tiba bila-bila masa.

Sedihnya… Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu Imran yaa…

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini