‘Sudah 20 Tahun Diteroka, Kita Kena Hentikan’ – Pengarah JPNP

Kuantan: Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruh4njaya Penceg4han R4suah Malaysia (SPRM) jika ada s1asatan dakwaan berlaku ketirisan dalam i$u pener0kaan hutan s1mpan bagi kebun durian Musang King di Raub.

Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, isu pener0kaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub seperti diketahui umum berlaku sejak berpuluh tahun lalu, iaitu sebelum beliau mula berkhidmat di Pahang.

“Kita tiada masalah, jika berlaku ketirisan dan jika ada laporan (boleh) s1asat. Sebenarnya operasi penguatkuasaan ini adalah operasi yang biasa dilakukan dengan kerjasama agensi lain termasuk pejabat tanah dan polis, namun ia (di HSK Batu Talam) menjadi seperti ini.

“Tapi jika tidak dibuat operasi penguatkuasaan sekarang, bila lagi? Sudah 20 tahun dan kita perlu hentikan. Sejak dua, tiga tahun lalu pun kita banyak membuat operasi bagi memulihkan alam sekitar termasuk di Cameron Highlands,” katanya.

Mohd Hizamri berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani mem0randum persefahaman (MoU) antara JPNP dengan syarikat berkaitan penyaduran WASCO Coatings Malaysia Sdn Bhd berhubung kerjasama penanaman dan konservasi hutan di Gebeng di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Hizamri mewakili JPNP manakala Wasco Coatings diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Giancarlo Maccagno. Berhubung kesediaan pekebun terbabit untuk berbincang, Mohd Hizamri berkata,

perkara itu perlu diutarakan kepada kerajaan negeri kerana JPNP hanya sebagai pelaksana operasi memandangkan ia berlaku dalam HSK, selain komander operasi ialah Pejabat Tanah dan Daerah Raub.

Mohd Hizamri berkata, setakat ini, JPNP akan terus melaksanakan operasi yang melibatkan kawasan seluas 101.17 hektar dalam HSK Batu Talam yang dijadualkan tamat pada 2 Ogos ini, selagi tiada arahan khusus untuk berhenti berbuat demikian.

“Ada yang mempersoalkan mengapa (operasi dibuat) musim buah, tapi jika tidak dibuat bila lagi kerana durian berbuah dua atau tiga kali setahun. Jika tidak dibuat, pekebun akan kembali ke kebun bila musim tiba dan kita tidak boleh berterusan meletak pegawai menjaga kawasan itu,” katanya.

Mohd Hizamri mendakwa jabatan sudah mengadakan sesi libat urus dengan ramai pek3bun yang mener0ka hutan bagi ‘memutihkan kawasan terbabit’ sejak 2019, namun tidak mendapat reaksi yang benar-benar positif pihak terb4bit.

Beliau juga memaklumkan kawasan terlibat akan ditanam semula dengan pokok hutan bersesuaian dalam kadar segera, menyebabkan tiada jentera digunakan dalam operasi itu, dengan semua kerja memusnahkan pokok dibuat secara manual menggunakan gergaji dan parang.

“Kita tidak membenarkan penggunaan jentera untuk mengelak berlakunya pembukaan tanah yang boleh menyebabkan lumpur yang beris1ko mencemarkan sungai selain mahu melindungi tanah supaya tidak berlaku pemadatan tanah sehingga menyukarkan aktiviti penanaman pokok.

“Jika ini berlaku, ia akan menambah kos penanaman… Selain keadaan cervn dalam hutan tidak sesuai untuk jentera serta terdapat sungai dan jambatan yang akan menyukarkan pergerakan kenderaan berat ini,” katanya.

sumber: hmetro

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini