Subhanallah..! Seorang Pelajar Sanggup Hentak Kepala Guru Yang Sedang Solat Dengan Batu, Kerana Ingin Mencuri

Dalam keadaan terdesak, seseorang mampu lakukan apa saja demi melunaskan keinginannnya walaupun terpaksa mencederakan seorang guru yang sedang solat.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.50 petang Isnin lalu, seorang guru wanita telah dihentak kepalanya oleh seorang pelajar ketika sedang solat Zuhur, lapor Astro Awani.

Pelajar yang berusia 13 tahun itu didakwa bertindak sedemikian kerana ingin mencuri wang milik guru berkenaan. Bimbang tindak tanduknya diketahui guru tersebut, dia telah menghentak kepala mangsa dengan batu sehingga cedera. Sampai macam tu sekali??

Kejadian yang berlaku di surau sekolah tersebut berjaya ditumpaskan apabila jeritan guru itu didengari pengawal keselamatan dan guru lain yang seterusnya menahan suspek.

Menurut Pesuruhaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, suspek merupakan pelajar sekolah menengah berhampiran yang datang ke surau sekolah rendah tempat guru tersebut mengajar dengan niat untuk mencuri.

Walau bagaimanapun, ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dan bebas dari dadah. Manakala mangsa yang berusia 23 tahun telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan menerima 17 jahitan di kepala.

Suspek kini telah ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata ketika mencuri.

Dalam surau pun dah tak selamat sekarang. Remaja di bawah umur makin berani lakukan jenayah. Berhati-hatilah…

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini