S̷anggup Keluarkan Simp̷anan Tabung H̷aji Untuk J̷amin Anak, Kis̷ah N̷asihat

Nak jadi peguam ni bukan mudah, almost setiap hari ada je kes yang perlu diuruskan. Tu belum lagi berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai, so kenalah kuat mentally and emotionally. Seorang solicitor, minmdnor berkongsi pengalamannya berdepan bermacam jenis kes yang betul-betul meruntun hati bila dibaca.

Misalnya kisah kasih seorang bapa terhadap anaknya… Satu hari, beliau melihat seorang pakcik tua sedang tercari-cari tempat duduk di dalam kamar mahkamah. Dan nama anaknya dipanggil untuk didakwwa di bawah Akta Da dah Berba haya. Pakcik itu lalu bangun dalam keadaan terketar-ketar.

Dengan wajah sedih dan ta kut, bapa berusia 70 tahun itu meminta agar mahka mah membenarkan anaknya dibebaskan dengan jaminan. Beliau pun bertanya, dari mana nak dapatkan duit dalam jumlah yang agak bessar itu memandangkan pakcik itu sudah tidak bekerja.

Dan jawapan yang diterima amat menyedihkan… Impian pakcik itu untuk menunaikan haji, mus nah begitu saja kerana perlu menggunakan simpanan yang dikumpul bertahun-tahun untuk menjamin anaknya.

Dalam usia begitu, dan kudrat yang tinggal — bagaimana lagilah dia harus mencari sejumlah duit yang banyak untuk tujuan tersebut melainkan terpaksa ‘mengusik’ simpanannya dan memendam seketika hasrat untuk ke tanah suci.

Kemudian bila tiba masa untuk keputusan kes itu diketahui… Rata-rata pengguna Twitter yang membaca kisah ringkas tapi mendalam itu memberikan reaksi sedih, namun memuji tindakan yang dibuat peguam itu. Sedih mengenangkan nasib seorang ayah, yang masih sayangkan da rah dagingnya walaupun anaknya sendiri telah memilih untuk mengikut jalan yang salah.

Mungkin inilah takdir yang harus dilalui anak pakcik itu, semoga dia belajar dari kesilapan dan sedar betapa bessarnya jiwa dimiliki ayahnya.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini, dan tidak mensia-siakan peng0r banan kedua orang tua kita.

Sumber: Kecohbetul via mysumbermaya

Dosa terhadap ibu bapa dibalas Allah di dunia… Jangan dicemuh ketika usia tua mereka

BERBAKTI kepada orang tua sudah menjadi satu tuntutan dalam Islam. Ini kerana sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak putus-putus untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan menjadikan kita seorang manusia yang berguna.

Perintah berbakti kepada ibu bapa dirakamkan oleh Allah didalam Surah Al-Isra’ ayat 23 yang maksudnya;

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dewasa ini kita sering kali dikejutkan dengan berita-berita yang menyayat hati bagaimana seorang anak yang sanggup membunuh ibu bapa dek kerana harta. Ada yang sanggup mendera ibu bapa mereka dan ada juga yang suka memaki hamun orang tuanya.

Menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu bapa dapat membantu mereka mendapat rahmat Allah.

Sabda baginda Rasulullah: Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].

Kunci utama bagi seseorang untuk masuk syurga adalah dengan mentaati ibu bapanya dan berbakti kepada mereka selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemaksiatan dan kemurkaan kepada Allah.

Berbakti kepada kepada ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

1. Semasa mereka hidup

Berbakti kepada ibu bapa sewaktu hidup boleh disebut dalam beberapa perkara antaranya ialah:

A. Bercakap dengan nada yang lemah lembut kepada mereka tanpa menggores hati mereka dengan perkataan-perkataan yang kasar. Ini berdasarkan firman Allah seperti yang disebutkan tadi didalam Surah Al-Isra’ ayat 23.

B. Membantu dan meringankan beban mereka dengan memberi wang pembelanjaan sekadar termampu.

C. Sentiasa mengambil tahu keadaan mereka terutama daripada sudut kesihatan.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu.
[HR: AHMAD 10610]
D. Sering menelefon mereka jika kita berada jauh daripada ibu bapa agar mereka mengetahui bahawa kita sentiasa mengambil berat terhadapnya.

E. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dirahmati dan diredai Allah.

F. Menjaga mereka ketika mereka sakit.

G. Menyantuni mereka ketika usia mereka sudah lanjut.

2. Setelah mereka meninggal dunia

A. Mendoakan mereka supaya mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sabda Rasulullah: Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. – [HR Muslim 1631].

Salah satu manfaat yang bakal diterima ibu bapa selepas mereka meninggal dunia ialah doa yang dikirimkan daripada anak yang soleh.

B. Melunaskan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Seperti mana dalam sebuah hadis telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk ditunaikan.” – [HR al-Bukhari (1953].

C. Selesaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada sesama manusia setakat yang mampu.

D. Menziarahi sahabat-sahabat kepada ibu bapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja.

E. Tunaikan segala wasiat yang ditinggalkan sebaik mungkin.

F. Bersedekah untuk mereka dengan niat khusus agar sedekah itu sampai ganjarannya kepada arwah ibu bapa.

Ibu bapa kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya didunia dan akhirat.

Ada diantara kita yang menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Anak-anak perlu dilatih agar menyayangi ibu bapa selain mendoakan kesejahteraan orang tua masing-masing. Gambar hiasan.

Apabila melalui detik kehilangan itu, baharulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunan kepada ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada walaupun mereka sudah meninggalkan kita.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu. – [HR Ahmad 10610].

Dan ingatlah dosa kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi sebelum akhirat.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW: Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendakNya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” – [HR al-Hakim 7263].

Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menjadi permata buat ibu dan ayah.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini