Simp̷an Sendiri Soa̷l Agam̷a – Zul Ariffin

Kita pend0sa dan iman atau kepercayaan kepada agama sentiasa berbolak-balik. Ibarat putaran roda, adakalanya di atas dan ada masanya berada di bawah.

Kadang-kadang juga, manusia terutama yang beragama Islam diseret kealpaan bahawa di atas sana, ada satu kuasa luar biasa yang boleh memegang ajaI dan m a u t.

Boleh menjadikan seseorang yang kaya menjadi miskin sekelip mata atau sebaliknya. Apatah lagi yang sihat walafiat boleh diuji dengan kesak!tan secara tiba-tiba.

Itulah lumrah dunia. Kalau seseorang merasakan posisi yang mereka sekarang akan kekal sampai bila-bila, itu harapan atau jangkaan paIsu yang sepatutnya dipadam dari dalam hati.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Definisi hijrah Zul

Sedikit cerita tentang figura popular yang menginjak usia 35 tahun pada 25 Oktober lalu, Zul Ariffin. Dia semakin cakna bahawa sesungguhnya dalam dunia, perkara yang sering dikejar akan selalu menjauh.

Usaha mendekatkan diri dengan agama yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini menerusi sosial media tidak mahu disifatkan sebagai satu hijrah tergesa-gesa.

Bagi Zul, dia hanya ingin menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari.

“Sejak kebelakangan ini, saya pergi ikut kenalan yang bagus dalam (hal) berdakwah. Selepas semua itu berlaku, tiba-tiba orang cakap saya sudah berhijrah.

“Bagaimana saya nak hijrah akhlak? Kalau saya hijrah betul-betul (akhlak), saya dah tak buat d0sa selepas ini.

“Apa yang saya buat sekarang adalah untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik daripada semalam. Itu satu hal yang bagus. Tapi hijrah akhlak macam saya, maksudnya tak buat d0sa dah minggu depan. ToIonglah, anda bergurau atau bagaimana?” katanya kepada HibGlam.

Pemenang trofi Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) itu berkata demikian pada sesi temu bual bagi mempromosikan filem televisyen terbaharu lakonannya, Penunggang Agama 2 yang kini sedang rancak ditayangkan menerusi saluran Astro First.

Soal agama simpan sendiri

Melihat senario ramai orang apabila berubah ke satu jalan rohaniah yang lebih baik kemudian dicanang-canangkan dalam media sosial, Zul berpendapat, perihal tersebut bukan perkara yang sihat untuk diteladani.

“Saya rasa adalah lebih molek kalau kita nak berubah jadi orang yang semakin baik dengan cara tidak terlalu membuka mulut atau bercerita tentangnya.

“Lebih baik tengok dan bertenang sebab hal berkaitan rohani sepatutnya dibentukkan atau disimpan begitu.

“Ujian akan datang buat semua orang. Setiap hari, di mana-mana sahaja. Sekurang-kurangnya, jangan cakap (berlebih-lebihan) soal agama kerana kita sendiri tak mahu berboh0ng dengan diri kita,” tuturnya.

Diajak berbicara tentang karakternya sebagai Ustaz Amir dalam Penunggang Agama 2 yang menguatkan tanggapan segelintir pihak bahawa dia sedang menjurus ke arah perubahan, Zul mempunyai anaIogi pemikiran tersendiri.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Katanya, apa yang diterjemahkan dalam kerjaya sebagai seorang pelakon tidak mencerminkan dirinya yang sebenar.

“Saya dekatkan diri dengan agama atau tidak. Tidak kira ketika saya sedang membaca atau sembahyang, perkara nombor satu yang saya takkan buat adalah saya takkan pernah pacak tripod dan buat ‘live’ (siaran langsung).

“Takkan sesekali saya buat benda begitu atau k0ngsi informasi begitu.

“Kalau saya nak dekati agama, jangan harap saya nak beritahu semua orang. Ataupun iklankan hanya untuk mendapatkan kelulusan orang sebab saya bukan jenis manusia begitu,” jelasnya.

Pada masa sama, anak seni kelahiran, Taiping, Perak itu membuat penjelasan bahawa dia sama sekali tidak pernah menyertai aktiviti jemaah tabligh.

“Sejujurnya, saya tak pernah sertai jemaah tabligh. Saya hanya pernah ikut Ebit Lew dan sangat seronok. Seronok tengok dia layan tetamu, bersopan-santun dan saya hargai semua itu.

“Dia pun sekarang sedang dilanda ujian. Itulah manusia. Masing-masing ada ujian tersendiri. Tapi masalahnya pada orang kita, waktu seseorang dit!mpa ujian, semua nak bercakap dan berfikir tentangnya.

“Menjawab soalan tentang berlakon filem agama pula. Ceritanya begini. Saya atau orang lain kalau nak mendekati agama, tak perlu bikin filem genre begitu pun atau menyertai jemaah tabligh,” jelasnya penuh makna.

Tak sertai tabligh

Tambahnya, dunia zaman kini dipenuhi dengan teknologi. Maka, kalau seseorang mahu belajar lebih mendalam tentang agama, ada satu wadah bernama GoogIe.

“Klik satu butang dalam GoogIe, kita boleh belajar banyak perkara. Boleh belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa yang kita suka.

“Bezanya, sama ada kita ada ruang waktu untuk buat semua itu atau tidak. Itu sahaja,” ujar Zul.

Apabila isu hijrah Zul Ariffin melet0s sekitar sebulan lalu, ramai yang berpendapat kerjaya lakonannya akan perlahan-lahan menemui titik noktah.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Persoalan sama ada dia akan bersifat terbuka, contohnya, tuntutan bersent0han dengan pelakon wanita di set penggambaran, jawab Zul: “Bagi saya mulakan dengan lidah dahulu.

“Tak0t kita sibuk cakap itu ini, tapi sendiri tak mampu melakukannya.

“Pegang tangan untuk tujuan berlakon adalah satu isu yang sangat sensitif untuk dibicarakan. Tapi inilah realitinya.

“Pergi jalan-jalan di pusat beli-belah, tengoklah sekeliling orang di luar sana.”

Buat Zul, apa yang cuba dilakukan sekarang adalah untuk meningkatkan usaha bergeIar muslim yang lebih baik.

“Templat drama orang Melayu sama. Tengoklah drama waktu perdana (pukul 7 malam misalnya). Lainlah kalau tengok atau tont0n cerita hantu, mungkin hal itu (berpegangan tangan) boleh dielakkan.

“Untuk saya, dari semasa ke semasa, saya mencuba menjadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya,” tutur Zul menggulung bicara.

Filem Penunggang Agama 2 arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw ditayangkan bermula 19 Oktober 2021 menerusi Astro First.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

SUmber diambil dari MYKMU, K 0nline | Via mytvviral