Siapa Sebenarnya Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman?, Ramai Yang Belum Tahu..Jom Kenali Beliau

Biodata

Nama: Mahadi bin Badrul Zaman

Nama Gelaran: Dato’ Sri Mahadi bin Badrul Zaman

Nama Popular: Mahadi BZ

Tahun Kelahiran: 1983

Tempat Lahir: Pulau Pinang, Malaysia

Website: www.mahadibz.com

Facebook: https://www.facebook.com/fgg.financialgeniusgroup/

Instagram: https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup

Dato’ Sri Mahadi bin Badrul Zaman melibatkan diri dalam dunia kewangan pada usia 21 tahun, merupakan seorang perunding kewangan, usahawan, pengasas Financial Genius Group (FGG), AUF MBZ Concortium sebuah syarikat berasaskan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Pendidikan

Post Graduate

SMT TARP Penang and Actuarial science College

SMT TARP Penang and Sekolah Menengah Munshi Abdullah High Schools

Perkahwinan

Dato’ Sri Mahadi bin Badrul Zaman mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022 bersama pasangannya iaitu Nur Heliza binti Helmi.

Pengalaman Kerjaya

CWA

Manulife

Anugerah/Pencapaian

2019: Anugerah The Jewels of Muslim World

2004: Top CEO Award

Youngest Million Dollar Producer,

Youngest Agency Manager (CIMB)

Sumber: Internet & @mahadibz

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman terima anugerah The Jewels of Muslim World 2019
Perunding kewangan yang cukup popular Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Rentetan daripada kecemerlangan beliau, tidak hairanlah begitu banyak pengiktirafan yang beliau perolehi seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.

Ok jom kita berkenalan dengan Dato’ Sri Mahadi. Beliau adalah pengasas Financial Genius Group (FGG) yang telah memulakan kerjaya sebagai perunding kewangan sejak berumur 21 tahun dan kini pada umur 37 tahun, beliau telah mencatat sejarah sebagai penerima termuda Anugerah The Jewels of Muslim World.

Seronok dengar perkongsian yang sangat positif dari Dato’ Sri Mahadi, tentang bagaimana beliau bermula, kenapa beliau bermula, bagaimana beliau menangani jatuh bangun sebuah perjuangan demi menuju kejayaan dan paling Misz-ella suka adalah apabila beliau menjadikan ibu beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjaya *tersentuh hati keibuan Misz-ella, tau* Bukan calang-calang personaliti popular dunia yang pernah menerima anugerah hebat ini. Antaranya adalah Dr. Mufti Ismail Menk, Ahli tinju dunia Muhamad Ali, Prince Al Waleed dari Arab Saudi dan ramai lagi.

Bila ditanya apakah perasaan beliau apabila diberi pengiktirafan setaraf dengan personaliti terkenal bertaraf dunia ini .. jawapan beliau adalah Syukur ke hadrat Allah SWT dan semoga kejayaan ini bakal membuka jambatan perhubungan bagi membolehkan beliau melangkah jauh membawa nama FGG ke persada antarabangsa. Dengar khabar, Dato’ Sri Mahadi dah dapat jemputan dari tiga negara untuk berkongsi ilmu yang beliau ada untuk masyarat di sana. Tahniah Dato’ Sri. Sejujurnya, saya sangat kagum dan terinspirasi dengan kisah kejayaan Dato’ Sri ini. I’m sure it’s not easy to keep your momentum continuously and consistently but you made it. Bak kata Dato’ Sri tadi, it’s ok to be negative once a while but you need a useful believe yang akan pull you ke depan. Very meaningful kata-kata tu, kan.

Dato’ Sri Mahadi juga dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk “Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders” dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.

Financial Genius Group (FGG) turut mengambil peluang untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan sepanjang 3 hari Muslim World Biz 2019.

Tampil menawan pakai busana pengantin putih…persis seorang puteriMenerusi rakaman dimuat naik jurugambar Aqo Imran, selebriti serta aktivis kemanusiaan tersebut dilihat cukup menawan apabila tampil ke acara akad nikah sambil memakai busana pengantin berona putih. Lebih manis lagi, Heliza turut diiringi oleh ahli keluarganya yang sepadan memakai baju tema berwarna merah jambu.

Macam tak percaya Heliza dah kahwin…DS Mahadi orangnya hebat pula, moga hubungan kekal hingga Jannah

Rata-rata netizen turut terkejut mendengar perkhabaran nikah tersebut, lebih-lebih lagi sumbangan suami Heliza dalam dunia kewangan islam cukup besar serta banyak membantu masyarakat Islam secara amnya. Justeru, mereka mendoakan rumah tangga pasangan mempelai tersebut kekal hingga ke Jannah.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini