Siakap Kayang̷an, Restor̷an Ter̷apung Sas Rimba Tak Terjej̷as

Restoran Terapung Sas Rimba, yang menjadi kontr0versi gara-gara hidangan siakap harga kayangan seolah-olah tidak terjejas ter0k oleh publisiti bur0k itu.

Melihat perk0ngsian gambar dari pengunjung menunjukkan kedai makan berusia lapan tahun yang terletak di Taman Geoforest Kilim itu terus dibanjiri pelanggan yang berminat untuk makan selepas melawat kawasan paya bakau berhampiran.

Pemilik restoran, Norasyikin Musa berkata, walaupun terdapat kontr0versi di media sosial, mereka dapat terus berniaga seperti biasa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan saya percaya semua berkat datang daripada Allah. Saya sebenarnya tidak boleh mengatakan saya ‘berterima kasih’ kepada pengadu kerana menjadikan kedai saya menjadi tular kerana saya kecewa dengan sikapnya.

“Saya menghormati semua pelanggan saya, sebab itu saya selalu memeriksa pesanan mereka kerana saya tidak mahu mereka mempunyai pengalaman makan yang mengecewakan di sini,” katanya.

Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tuIar babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber diambil dari MYKMU, WY, MyMetro Via Mytv Viral