“Sewaktu proses rakaman, saya juga pernah berkásar dengan Nike Ardilla” – Luahan Hati Saari Amri

”Rasanya dah hampir 30 tahun saya berkarya dalam industri muzik dan hampir 500 lagu pernah saya cipta.

Itu kata-kata komposer terkenal Saari Amri, 55 tahun, yang menghargai peminat tempatan serta Singapura, Indonesia dan Brunei terhadap sokongan yang diberikan sepanjang lebih 30 tahun pembabitannya dalam industri muzik.

Menurut Saari, ia membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus berkarya sehingga sekarang.

”Saya berterima kasih kepada peminat Indonesia yang begitu banyak beri sokongan menerusi lagu Gerimis Mengundang nyanyian Slam yang dinyanyikan kembali lebih 30 versi.

”Itulah kepuasan buat saya. Terima kasih banyak-banyak,” katanya menerusi Y0uTube Saari Amri Official.

Turut dipaparkan ialah sedutan muzik video lagu Gerimis Mengundang yang dinyanyikan dalam versi dangdut, keroncong, dalam bahasa Batak dan pelbagai lagi.

Saari berkata, dia masih aktif mencipta lagu, namun kebanyakannya disimpan kerana keadaan pasaran sekarang tidak seperti dulu.

”Kalau sebelum ini banyak artis yang buat album tapi sekarang tidak lagi macam dulu. Artis-artis baharu sekarang pula cipta lagu sendiri.

”Pada mereka mungkin itu lebih memberi kepuasan. Apapun saya memang seronok apabila menghasilkan lagu baharu yang dinyanyikan oleh artis sekarang walaupun sambutannya agak perlahan.

”Saya tidak kisah kalau orang hendakkan lagu saya dan saya tidak menoIak.

”Ada di antara artis baharu kata lagu saya sedap didengar. Itulah kegembiraan buat saya kerana karya saya masih lagi diterima oleh masyarakat,” katanya.

Terkini, nama Saari terus menjadi sebutan peminat Indonesia apabila lagu Buih Jadi Permaidani nyanyian asal kumpulan Exists dengan tajuk Mengintai Dari Tirai Kamar menjadi perhatian semula.

Ia apabila Nabila Maharani Widyadewi menerusi saluran YouTube Nabila Suaka memuat naik semula lagu dendangannya bersama Zinidin Zidan pada 22 Oktober lalu yang kini mencatat lebih 117 juta tontonan.

PERNAH BERK4SAR DENGAN NIKE ARDILLA

Sementara itu, menerusi satu temubual yang turut disiarkan di Youtube milik Saari Amri Official, beliau berkongsi cerita mengenai almarhumah Nike Ardilla.

Umum mengenali Nike Ardilla merupakan seorang penyanyi terkenal yang pernah menyanyikan lagu ciptaan Saari Amri iaitu Duri Terlindung dan Aku Tak Akan Bersuara.

Memulakan bicara dan pandangan beliau terhadap almarhumah, Saari cukup menyanjung sikap dan peribadi penyanyi yang berasal dari Indonesia itu.

”Saya mengenali Nike Ardilla sewaktu nama beliau tengah popular di Indosesia dan almarhumah sangat berkenan dengan lagu baru yang saya cipta iaitu Suara Hatiku.

Menurut Saari lagi, semasa proses rakaman, dia pernah berkasar dengan almarhumah kerana ada sedikit perbezeaan dari segi bahasa antara Malaysia dan Indonesia

”Kemudian beliau terus menemui saya di Kuala Lumpur. Setelah perbincangan dibuat beliau telah setuju untuk menyanyikan lagu yang saya cipta itu.

”Sewaktu proses rakaman, saya juga pernah berk4sar dengan almarhumah kerana saya tidak tahu sebenarnya masyarakat Indonesia menggunakan perkataan ‘ijin’…sedangkan di Malaysia sebut ‘izin’.

”Jadi saya keliru juga, tetapi setelah diterangkan oleh beliau, jadi saya ikut apa yang masyarakat Indonesia mahukan iaitu ‘ijin’.

”Sewaktu rakaman juga saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan almarhumah kerana memang beliau seorang penyanyi yang sangat hebat.

”Kerja saya dengan beliau memang cukup senang untuk menyiapkan sebuah lagu memang tidak memerlukan masa yang panjang.

”Suara lunak beliau memang saya akui sangat-sangat bagus. Saya begitu tenang sekali bekerjasama dengannya.

”Alfatihah untuk almarhumah Nike Ardilla” luah Saari.

Susulan dari perkongsian kisah oleh Saari Amri itu juga menyebabkan ramai ntizen dari Indonesia memenuhi ruangan komen.

Rata-ratanya memuji lagu Nike Ardilla ciptaan komposer yang berasal dari Tanah Merah Kelantan itu diterima dengan luar biasa oleh masyarakat Indonesia.

”Terus berkarya Bang Saari Amri…Karya-karyamu menemaniku disaat masih zaman sekolah sampai sekarang. Salam Serumpun dari tanah perbatasan Indonesia – Malaysia” tulis Mifzal.

”Luar biasa lagu ciptaan abg… Abadi sepanjang masa, tak ada yg dapat menggantikan lagu abg buat almarhum, musisi senior di Indonesia sekali pun tak kan mampu menciptakan lagu berkualitas seperti ini..” tulis Irfan.

BIODATA RINGKAS NIKE ARDILLA

1.Berketurunan Sunda dan berasal dari Bandung, Nike Ardilla digelarkan Queen Of Rock Indonesia dan Artis Album terlaris di Indonesia dan Malaysia.

2.Nama sebenar almarhum adalah Raden Rara Nike Ratnadilla, lahir di Bandung pada 27 Disember 1975.

3.Bapa Nike Ardilla bekerja di PT Kereta Api Indonesia, bersara di Bandung. Ketika Nike Ardilla berusia 5 tahun, beliau memenangi dalam pertandingan nyanyian pada tahun 1980

4.Beliau pernah membawa lagu ciptaan komposer popular dari Malaysia, Saari Amri iaitu Duri Terlindung dan Aku Tak Akan Bersuara.

5.Lagu itu melonjakkan nama Nike Ardilla sebagai Artis Indonesia paling popular di Malaysia sekitar tahun 1994.

6.almarhumah juga pernah membawa lagu ciptaan Joe Wings, iaitu Pengembara Terasing. Lagu Aku Tak Akan Bersuara sering dimainkan diradio Malaysia sehingga kini.

7.Beliau telah menjual 30 album setakat ini, dan mempunyai jualan album Indonesia terbaik sepanjang zaman.

8.Album ketujuh dan yang terakhir beliau, Sandiwara Cinta telah terjual sebanyak lima juta salinan, sementara album keduanya, Bintang Kehidupan terjual sebanyak enam juta salinan.

9.Nike Ardilla m4ut dalam kemaIangan jalan raya di Bandung pada 19 Mac 1995 ketika usia 19 tahun ketika kerjaya muziknya berada di puncak populariti.

10.Walaupun sudah 26 tahun meninggaI dunia, namun satu-satunya kenangan ‘harta’ ditinggalkan almarhumah iaitu kereta jenis Honda Civic Genio yang masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.

Sumber trendingsangat, wikipedia

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini