Setelah Sekian Lama, Akhir Sekali Saya Jumpa Rahsianya. Terb0ngkar Setelah 9 Anak Berjaya Lakukan.

‘Sejuk perut ibu mengan dung’, itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kejayaan pasangan suami isteri yang juga bekas guru menjadikan sembilan anaknya bergelar hafiz dan hafizah 30 juzuk al-Quran.

Rosmunainah Asmuni, 65, berkata, kejayaan menjadikan anak keduanya, Mohd Saifullah, 37, seorang hafiz pada usia 15 tahun mendorongnya untuk menghantar anak-anak yang lain mendalami bidang yang sama.

“Selepas hantar anak kedua (lelaki) ke Lahore, Pakistan pada 1990, kami hantar pula anak sulung perempuan untuk mendalami bidang sama.

“Apabila dah ada kakak dan abang yang bergelar hafiz, tujuh lagi adik-adik di bawah ini turut sama ikut jejak langkah mereka sebagai hafiz al-Quran,” katanya.

Mengakui tiada dalam kalangan anak-anaknya yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh singkat, Rosmunainah dan suami, Hussin Ismail, 65, yang merupakan pengasas pusat tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini, mula memikirkan kaedah hafazan al-Quran terbaik yang boleh dimanfaatkan bersama masyarakat.

“Dulu-dulu anak-anak saya tiada yang berjaya hafaz al-Quran dalam tempoh kurang dari setahun malah ada yang tiga tahun baru bergelar hafiz.

“Sebab itulah kami memikirkan kaedah yang membantu untuk menjimatkan masa iaitu menghafaz al-Quran dalam tempoh setahun dengan kaedah formula hafazan al-Quran ‘fast track’ dan selepas bergelar hafiz mereka ini boleh mengambil peperiksaan awam sama seperti pelajar sekolah yang lain,” katanya.

Pelajar tekun menghafal al-Quran di Akademi Amalillah (Akmal) di Kg Tebakang, Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Ditanya mengenai formula ‘rahsia’ pasangan ini sehingga kesembilan anaknya bergelar hafiz, katanya, kunci utama ialah kemahuan dan asas utama ialah menjaga pemakanan anak-anak.

“Dulu-dulu nak dapatkan makanan yang betul-betul diperakui halal ni agak susah, bukan macam sekarang kita dah ada sijil halal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Masa besarkan anak-anak dulu, semua jenis makanan saya masak sendiri hatta roti pun saya uli sendiri untuk beri anak-anak makan,” katanya.

Rosmunainah berkata, kaedah pendidikan di Akmal mementingkan kesediaan pelajar untuk belajar, kaedah pengurusan masa dan diri, persekitaran, makan dan minum serta kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar.

“Untuk hafal al-Quran jiwa perlu tenang, urusan perlu lancar sebab itulah semua pakaian pelajar kita yang basuh. Kita tak bebankan mereka dengan soal pengurusan diri.

“Di Akmal kita har amkan guru rotan atau pu kul pelajar, boleh bawa rotan ke kelas namun pelajar tidak boleh dipu kul, kita mahu jiwa pelajar tenang, tenteram, tidak berasa terancam atau takut barulah mereka mudah untuk menghafal,” katanya.

Sementara itu, Husin berkata, al-Quran mempunyai mukjizat yang terbukti memberi kesan yang positif bagi mendalami subjek lain.

Katanya, ia dibuktikan dengan kejayaan anak sulungnya, Siti Nuur Izati yang mampu menjadi pelajar terbaik zon utara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU) seterusnya menjadi penuntut terbaik di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Katanya, anak keduanya Mohd Saifullah yang belajar sekolah tahfiz di Lahore, Pakistan sebelum belajar di Universiti Al-Ulum, Yaman juga berjaya menjadi penuntut terbaik di sana.

“Anak ketujuh saya pula, Mohd Zulqornain ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) pada usia sembilan tahun kemudian PMR (12 tahun) dan SPM (14 tahun).

“Dia dapat tawaran ke UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi tak pergi, sebaliknya dia masuk Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman pada usia 16 tahun.

“Kesan yang saya nampak bukan kepada anak-anak saya sahaja malah anak-anak yang belajar di Akmal turut menunjukkan potensi yang sama berjaya menjadi pelajar cemerlang apabila kembali bersekolah selepas tamat pengajian di sini,” katanya.

Husin berkata, Akmal yang beroperasi sepenuhnya pada Januari 2018 kini mempunyai 84 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun.

Katanya, Akmal yang berpusat di Kg Tebakang, Bukit Payong kini mempunyai cawangan di Shah Alam dan akan menambah tiga lagi cawangan iaitu di Batu Pahat, Johor; Bukit Canggang dan Bukit Beruntung di Selangor.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Zainuriah Mat, 52, berbangga dengan kejayaan anaknya, Ahmed Faris Ajwad Ahmed Fazdi, 12 menghafal al-Quran dalam tempoh enam bulan 20 hari di situ.

Zainuriah disamping anaknya, Ahmed Faris Ajwad.

Katanya, dia berbangga dengan kejayaan anaknya itu serta amat menghargai sumbangan yang diterima bagi membiayai pengajian anaknya di situ amat dihargai.

“Saya bersyukur dan berterima kasih juga kepada individu yang sudi menaja anak saya untuk belajar di sini. Alhamdulillah, impian dia dan apa yang saya hajati telah tercapai,” katanya.

Sumber:imuslimnetwork