Allah Kirimkan Seseorang Tapat Pada Masanya,Kucing Ini Hampir M4ti DiIanggar.Pemilik Kongsi Kisah Sebenar

BERPANTANG maut sebelum ajal!

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi kucing peliharaan pemuda ini apabila terselamat walaupun mengalami kecederaan parah akibat dilanggar kenderaan.

Siapa sangka, daripada nyawa-nyawa ikan, kucing yang bernama Oyen ini akhirnya beransur pulih dan kembali aktif sungguhpun keadaannya berbeza berbanding sebelum ini.

Mengimbas kembali insiden yang menimpa Oyen pertengahan Disember lalu, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Edy Luqman berkata, dia hanya mengetahui keadaan yang menimpa si bulusnya selepas dimaklumkan oleh seorang budak lelaki.

“Waktu itu lebih kurang pukul 8.30 malam, tiba-tiba terdengar ada suara orang beri salam di pintu. Abang saya buka, dan ada budak lelaki beritahu Oyen kena langgar. Memang terkejut dan cemas kami dibuatnya.

“Budak lelaki tu tahu itu kucing peliharaan kami. Kami cepat-cepat pergi, lokasinya depan rumah saja. Waktu tu Oyen berlumuran darah di muka… keadaannya nyawa-nyawa ikan sebab pendarahan yang teruk.

“Kami puas fikir klinik veterinar mana yang buka lagi sebab dah malam. Ahli keluarga saya tanya kawan-kawan serta kenalan mereka.

“Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan… akhirnya jumpa klinik yang masih beroperasi,” ujar pemuda berusia 26 tahun ini.

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Keadaan Oyen yang nyawa-nyawa ikan sewaktu ditemui.

Senang disapa sebagai Edy, pemuda ini berkata, doktor veterinar memaklumkan Oyen mengalami kecederaan parah pada muka, di mana tulang rahangnya retak selain terdapat pendarahan.

“Kami berharap Oyen dapat diselamatkan dan cuba ikhtiar mana yang boleh. Tiga hari juga Oyen di klinik. Waktu dah dibenarkan keluar, Oyen masih lemah.

“Oyen tak boleh berjalan, makan atau bangun. Doktor kata Oyen mungkin ambil masa lama untuk pulih. Tapi kami ikhtiar, buat terapi. Kami selalu urut kaki Oyen dan jaga betul-betul. Macam jaga orang dekat ICU.

“Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun, Oyen tunjukkan progres yang cepat. Bila bawa ke klinik untuk rawatan susulan, dokor pun tak sangka Oyen tunjukkan perkembangan dalam jangka masa yang agak cepat.

Edy dan ibunya merupakan pencinta si bulus.

“Doktor kata Oyen sememangnya kucing yang sangat kuat,” ujar Edy sambil menambah si bulusnya itu merupakan baka kacukan Parsi dan American Curl.

Sebulan berlalu selepas insiden berkenaan, Edy yang juga lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) Jitra, kedah berkata, keadaan Oyen kini 80 peratus pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Bercerita lebih lanjut, Edy berkata dia sememangnya seorang pencinta kucing dan berkongsi minat yang sama dengan ibunya.

Kini keluarganya memelihara 26 ekor bulus yang terdiri daripada pelbagai baka termasuk baka kampung.

Terima kasih kepada doktor yang merawat Oyen dan adik yang jumpa Oyen malam tu. Kalau dia tak nampak, mungkin umur Oyen tak panjang.

“Sekarang ada 26 ekor termasuk Oyen. Itu pun ada yang bagi dekat orang dan ada yang mati. Ada yang nak beli tapi kami tak pernah jual sebab tak tergamak. Saya dengan mak memang minat kucing.

“Sama seperti kita jaga kereta, macam itulah juga kita jaga maintenance kucing-kucing,” ujarnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Tidak menyangka perkongsiannya mengenai Oyen meraih sehingga melebihi 306,000 jumlah tontonan, Edy berkata dia begitu terharu dengan komen-komen yang dilontarkan netizen.

“Terlampau banyak komen dan ada yang tak sempat baca serta balas. Terharu sangat ramai yang doakan saya dan Oyen. Saya doakan semoga doa yang sama berbalik kepada mereka.

Oyen dan sebahagian si bulus peliharaan Edy serta ibunya.

“Saya sama sekali tak sangka video tu boleh viral. Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada doktor yang merawat Oyen dan adik yang jumpa Oyen malam tu. Kalau dia tak nampak, mungkin umur Oyen tak panjang. Allah hantarkan dia untuk selamatkan Oyen.

“Untuk para pencinta kucing pula, apa yang boleh saya kongsikan, peliharalah haiwan peliharaan kita seikhlas hati. Bohonglah kalau tak kencing berak merata.

“Tapi layankan saja perangai si bulus. Benda itu biasa. InsyaAllah, mudah-mudahan murah rezeki kita bila berkongsi rezeki dengan haiwan,” ujarnya lagi.

Sumber:Mstar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini