Sering Senyum Dalam Video Memasak, Lelaki Viral Ini Rupanya Sejak Kecil Suka Memasak

‘Sejak Kecil Memasak Untuk Keluarga’ Ada Sebab Lelaki Ini Rajin Ke Dapur
Ramai yang terhibur dengan gelagat anak muda ini. Iya, bukan mudah untuk memasak, sambil tersenyum memanjang gitu. Sedangkan, ada waktunya kita yang mak-mak ini pun ada emosi turun naiknya.

Dalam grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, setiap perkongsian Mohd Shafiq ini pasti mendapat respons yang tinggi daripada ahli grupnya. Lagi-lagi perkongsian video masakan yang tersengih, tersenyum sepanjang durasi rakaman memasak.

Haa.. bukan calang-calang kerjaya ya. Tugasannya itu memerlukan dia perlu menganalisis DNA profiling.

Tertarik dengan perkongsian Mohd Shafiq, Mingguan Wanita terpanggil untuk menghubunginya. Rupanya, si sebalik gaya santainya yang gemar berkongsi video masakan itu, Mohd Shafiq atau nama sebenarnya, Mohd Shafiq Bin Zulkarnain merupakan Pegawai Forensik DNA.

Namun, siapa yang mendorong anak muda ini sehingga begitu handal dalam dunia masakan ini. Macam-macam jenis masakan dah dikongsi, termasuklah tip-tip berguna yang boleh diikuti baik di instagram miliknya.

Arwah Ayah Sakit, Mak Perlu Bekerja

“Mak dah ajar saya. Masak sikit, sebab bulan puasa.
Mak dah sediakan bahan-bahan, saya cuma memasak je.” terangnya kepada Mingguan Wanita.

Dan, akuinya masakan pertama yang pernah dimasak olehnya adalah kari ayam.

“Saya meminati masak memasak apa jua menu. Minat memasak itu datang sejak kecil lagi. Time tu, arwah ayah sakit. Emak perlu bekerja.

Bagus ibunya, Noraiti Buang kerana mendidik anak lelaki pandai buat kerja rumah sejak dari kecil lagi. Mohd Shafiq ini anak kedua daripada enam beradik.

“Saya ingat lagi. Mak puji masakan saya lepas mak balik kerja jam 12 malam untuk makan. Sejak itu saya belajar.” Malah, bila tiba hari raya, Mohd Shafiq juga menyediakan juadah kuih raya untuk mereka sekeluarga. Dan rutin sebegitu diteruskan sehinggalah ke hari ini.

“Bila dah duduk rumah, mak tak ada.. lagilah macam-macam cuba dengan apa saja benda barang ada kat rumah tu.” kongsinya mengimbas memori zaman kanak-kanak.

Akui Shafiq, ibunya selalu memberi galakan untuknya. Lagi-lagi dia sedar yang ibunya bekerja. Suka atau tidak, kenalah dia memasak sendiri di rumah. Dalam masa yang sama menjaga adik-adiknya.

Saya Rela Habiskan Masa Dengan Memasak

“Kadang-kadang lepas balik kerja pun saya memasak. Saya masak untuk buat content media sosial saya dan juga review daripada orang ramai.”

Tuntutan kerjaya, memungkinkan dia perlu tinggal berjauhan daripada keluarga. Namun, tidak memadamkan minat memasak dalam dirinya.

Katanya lagi, “Saya stress saya suka masak. Saya rela habiskan masa dengan memasak. Lagi-lagi PKP macam ni. Ada je nak buat.

“Biasanya saya akan study sendiri dan ubah suai ikut keperluan saya. Cuba jadi kreatif dengan gunakan bahan apa yang ada dekat rumah. Asal boleh je. Tu cara saya.”

“Bila saya stress atau bosan, saya akan memasak.” Baginya kemahiran memasaknya itu diperoleh daripada ibunya dan usaha sendiri. Malah, dia juga tak pernah masuk mana-mana kelas masakan.

Pantang Nampak Kamera, Mesti Nak Senyum

Mohd Shafiq bersama adiknya.

“Saya suka selfie. Pantang nampak kamera, saya mesti nak senyum. Termasuklah video. Then kenyit-kenyit.” Haa.. jelas kan. Bukan dibuat-buat iya.

Selain gambar candid, hampir kesemua gambar-gambar Mohd Shafiq dalam keadaan tersenyum. “Tak penat ke senyum memanjang.” Antara komentar yang pernah diterimanya di media sosial.

Itu memang sifat semula jadi anak muda usia 20-an dan masih bujang ini.

Bolehlah beri galakan pada anak-anak lelaki agar suka memasak. Sekurang-kurangnya dapat mudahkan kerja mak apabila tak dapat turun ke dapur.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Mohd Shafiq / Mingguanwanita

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini