Sering Di Pandang Rendah Oleh Kakak Kerja Keraj4an Kerana JuaI Nasi Lemak – Wanita Ini Bangkit Buktikan Usahanya Tak Sia-Sia

Anda mungkin pernah dengar kisah yang seperti ini, adik beradik yang mendapat kerja sebagai penjawat awam berlaku sombong dan bermegah dengan adik-beradik lain. Ceritanya begini, Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan.

Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak ri4k… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.

Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan macam jual kuih, jual nasi lemak. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang s0mbong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu.

MoraInya jangan pandang rendah dengan pekerjaan orang lain, boleh jadi rezeki yang halal mereka itu lebih berkat daripada gaji kita. Rezeki yang diberkati sentiasa cukup walaupun nampak tak seberapa.

Kisah ini pernah tular beberapa kali dan kesahihannya tidak dapat dikenalpasti, tapi mempunyai mesej yang boleh menyedarkan untuk menghormati satu sama lain tanpa mengira siapa pun mereka.

Sumber Adi Prihatin

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini