Ser̷onok Berl̷umba L̷awan Ar̷us, 4 Lelaki Dit̷ahan P̷olis Semasa ‘Bereh̷at’ Di R&R

Sejak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan C0VID-19 di Malaysia bakal memasuki fasa endemik menjelang Oktober nanti, sudah banyak kelonggaran telah diberikan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa bersama v!rus ini.

Namun baru-baru ini tindakan empat orang lelaki meraikan ‘kelonggaran’ tersebut dengan berlumba dan meIawan arus menggunakan kereta-kereta mewah yang terdiri daripada 2 buah model Nissan GT-R R35, sebuah BMW M6 dan Mercedes-Benz.

Akhirnya tindakan berbhaya mereka membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Smseng Jalanan pada malam semalam, Iapor Harian Metro.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menjalankan operasi berkenaan dengan kekuatan dua pegawai dan 19 anggota daripada Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, antara 10 malam hingga 4.45 pagi tadi.

“Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.

“Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes-Benz didapati melakukan aksi sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memetik Harian Metro, pada pukul 12.30 tengah malam semua suspek dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar dan sepasukan polis kemudiannya menghampiri dan menahan kesemua suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun, lalu membawa mereka ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Sumber Asal: V0cket, H.Metro Via Mytv Viral

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini