Sepi Tanpa Pelanggan, Nak Jual 10 Cawan Kopi Pun Sµsah – Pasangan Suami isteri Ini Terpaksa Pindah Gerai Walau Baru 2 Bulan Berniaga

Lumrah biasa bagi orang berniaga, setiap hari menjanjikan pulangan yang berbeza-beza. Dalam satu video tular, gerai minuman yang diusahakan sepasang suami isteri kelihatan sepi tanpa pelanggan, malah mereka hanya dapat menjual kurang 10 cawan kopi selepas seharian berniaga.

Menurut Muhammad Shah Fitri Amran, dia dan isteri Nuramal Hayati Mohd Amron, masing-masing berusia 30 tahun, baru sahaja dua bulan membuka gerai di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Jelasnya, mereka menerima sambutan menggalakkan, namun situasi bertµkar getir menjelang pertengahan bulan kerana ramai pelanggan memilih untuk berjimat dalam situasi ekonomi hari ini.

“Biasanya awal bulan ramai yang beli. Bila dah masuk tengah bulan, situasi agak sakit. Kalau cuaca buruk, lagi sendu. Tambahan pula ramai peniaga kopi di TTDI, banyak persaingan.

“Saya boleh kata sambutan menggalakkan, tak adalah sampai tiada yang beli langsung. Tapi saya tak sangka satu video yang dikongsi ke TikT0k akan viral. Isteri yang rakam video itu.

“Pada hari video dirakam, cuaca hujan dan dan kami hanya dapat jual kurang 10 cawan. Bila berlaku situasi macam tu, kita pun pening. Ada juga rasa nak putus asa. Tapi saya tak nak patah balik buat kerja lama.

“Dulu saya kerja penganalisis sistem di sebuah syarikat. Kerja saya hanya syif malam, siang jadi z0mbie. Sebab tu saya berhenti kerja dan berniaga,” ujarnya yang senang disapa Shah.

Selain video sayu ketika gerainya sepi tanpa pelanggan tµlar baru-baru ini, satu lagi video TikT0k memaklumkan mereka akan menutup gerai di TTDI turut meraih perhatian netizen.

Menurut Shah, dia menutup gerai itu pada Jumaat (26 Ogos) bukan kerana tidak mendapat sambutan, sebaliknya mahu mengubah lokasi kerana mereka bakal berpindah tidak lama lagi.

“Kami menetap di Flora Damansara. Sebelum berniaga di TTDI, kami berniaga minuman dari rumah. Sekarang, isteri saya dapat kerja baharu, jadi kami ambil keputusan untuk berpindah ke Bukit Jalil atau Puchong.

“Bukanlah pindah kerana langsung tiada sambutan di TTDI. Isteri akan memulakan kerja baharu di Bandar Kinrara. Tapak gerai saya belum fikir lagi. Mungkin saya akan buka gerai kopi ini di Puchong atau Bukit Jalil selepas ini.

“InsyaAllah, lokasi baru saya akan maklumkan nanti menerusi TikTok dan Instagram,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2020.

Bercerita mengenai dirinya, Shah berkata dia pernah terlibat dalam drama Tanah Kubur sekitar tahun 2012, beraksi sebagai pelakon pembantu, bergandingan dengan aktor Nasir Bilal Khan.

Selain mahu fokus terhadap gerai kopi miliknya, Shah juga tidak menolak rezeki seandainya dia dapat terjun ke bidang lakonan pada masa akan datang.

“Saya pernah berlakon dalam drama Tanah Kubur pada tahun 2012. Watak tambahan, watak sebagai orang kampung yang tolong Tok Adi (Nasir Bilal Khan) mandikan mayat.

“Selepas itu saya dah tak pernah berlakon. Kalau ada orang panggil (tawaran) apa salahnya,” ujar Shah berseloroh.

Dalam pada itu, Shah turut menitipkan ucapan terima kasih kepada netizen atas sokongan yang tidak putus-putus sehingga video di TikTok miliknya meraih lebih 100,000 tontonan.

“Terima kasih yang mana beri sokongan dan doakan saya serta isteri. Semoga anda semua diberkati, dipanjangkan umur dan dalam rahmat Allah selalu.

“Jemput datang ke gerai Hellopresso kami. Kami dah tutup gerai di TTDI dan akan pindah ke tempat baharu. Nanti kami update,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber mstar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini