Rindu yang paling sakit ialah rindu pada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Rindu tiada penghujung, tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Apalagi kerinduan seorang anak yang kehilangan bapa sejak kecil, separuh jiwa kosong dibawa pergi.
Perkongsian momen luar biasa di kem motivasi sebuah sekolah ini cukup menjentik hati. Tindakan spontan seorang bapa memeIuk, mencium dan memberikan kata-kata semangat buat seorang pelajar yang kehilangan bapa ini cukup meruntun jiwa.
Jelas pakar motivasi ini, saat pelajar yang kehiIangan ibu atau bapa kekal berdiri dan rakan pelajar lain diminta bangun dan berkongsi kasih sayang kepada mereka yang kehilangan, tiba-tiba seorang bapa pelajar lain terus meluru ke arah seorang pelajar lelaki untuk berkongsi pelukan dan kasih sayang seorang bapa.
“Lihatlah cara ayah itu peluk cium anak yang bukan anaknya. Titisan air mata seorang ayah ini tiada tanding nilainya..mahal,” kongsinya menerusi video yang dikongsikan.
“SEORANG AYAH PELUK ANAK YANG TIADA AYAH..
Sebak , terharu dan sedih😭🥺
Melihat moment ini berlaku depan mata
Rasa Allah jentik hati kita semua supaya jangan sombong, sentiasa humble, dan terus buat baik.
Ayah ini perwatakan seorang yang garang tapi hatinya penuh dengan kasih sayang.
Memeluk seorang anak yg bukan anaknya
Mencium dan memberikan kata-kata semangat bak seorang ayah pada anaknya
Sungguh Allah Maha Penyayang
Hadirkan seorang hambaNya menegur hambaNya yg lain
Thanks for the moment jemput Kak Anne ke sekolah untuk motivasi belajar Darjah 6 Sk Pandamaran Jaya.”
@majalahwanita Momen luar biasa seorang bapa memeluk seorang anak yang kehilangan bapa 😭 Kredit : Kak Anne Omey #utusantv #majalahwanita
Komen netizen:
Laila Mehat – berderai air mata tiba tiba…. sayu juga
Mahdalena Idris – Semoga segala urusan anak2 ini dipermudahkan
Nor Mazhalmi Khalib – Lama dah xbuat kat sekolah macam ni
Siti Ayuni Halim – Tak tahulah dari mana datang semangat utk sembunyikan kematian arwah mak dari pengetahuan orang lain kat sekolah.. selepas sebulan baru cikgu tahu mak meninggal… Pesan sy, sabarlah ibu bapa dlm mendidik anak2… Selagi nyawa di badan, curahkanlah kasih sayang buat anak-anakmu.
Cik Efa – Tringat anak kt skolah , mcm mnelah kalau anak sye kena stuasi mcm ni nti?? Ade ayah tapi macam x wujud je, ayah bcerai dgan mak tapi umpama bcerai dgan anak² skali, hmmm.. tdi cikgu tanya dia ayah dduk mana pn dia jwap x thu. Tlg lah cikgu, bila dh tahu parents cerai, jganlah tanya soalan snstif kt budak², jgan tnye psal bapak dia kalau budak tu dduk dgan mak.. kn bagus kalau tanye mak dia sndiri. Kesian anak sye bila dsoal mcm tu tadi.
Iman Darwisya – Sama situasi macam ank mnkan sy dia yatim piatu dri umur nk masuk 6thun lani umur dia dah 15thun..mak kandung mnggal mak angkat dan ayah angkat jugak mggal hnya mnumpng kasih syg sorg tok angkat yg dah berusia syg sma macam cucu2 kandung..moga hng kuat
Zariman Zakaria – Sangat sedih tengok vidoe ni sebat aku penah merasa perasaan adik2 yg tiada ayah.aku kehilangan ayah semasa masih sekolah Dan adik2 aku pn masih kecil2 waktu tu.aku kehiIangan ayah 22 tahun yg lepas.tapi alhamdulillah sekarang masih Ade mak dn adik beradik dah besar2 semuanya
Sumber Kak Anne Omey
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini