Senyap-Senyap Tunaikan Umrah, Kesederhanaan Pasangan Lisa Dan Yusri Dikagumi Ramai

Senyap-senyap ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah, pasangan selebriti Datin Lisa Surihani dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim memenangi hati para peminat selepas foto mereka berdua tular di laman sosiaI.

Tentu ramai sudah mengetahui penghijrahan pelakon Istanbul Aku Datang itu mendalami ilmu agama dan memilih kesederhanaan dalam perkongsiannya di laman sosiaI.

Bagaimanapun berita pemergian beliau ke Tanah Suci telah dikongsikan menerusi laman sosiaI Instagram agensi pelancongan, Irkaz Travel and Tour yang menjadi pengiring mereka untuk menunaikan ibadah umrah. Agensi berkenaan turut memuat naik beberapa foto pasangan itu sedang menziarahi Madinah.

Tidak hanya itu, video pasangan itu turut dikongsikan di TikT0k termasuk akaun diwujudkan oleh peminatnya, lisasurihani86_ yang berkongsi aktiviti pasangan tersebut di sana.

Para peminat rata-rata memuji sikap merendah diri Lisa biarpun berstatus selebriti popular. Tidak kurang yang tertarik dengan penampilan ibu bapa kepada tiga cahaya mata itu yang sejuk mata memandang. Ujar mereka:

-“Alhamdulillah, sejuk tengok muka Lisa dan Yusri.”

-“Allah pelihara insan berdua ini. Betapa tenangnya sebagai wanita apabila berada dibawah reda suami.”

-“Alhamdulillah, bertudung litup tanpa secalit mekap tetap cantik, sejuk mata memandang.”

-“Sejuk hati tengok pasangan ini.”

-“Pasangan idola.”

-“Masya-Allah semoga Yusry dan Lisa mendapat umrah yang mabrur. Amin.”

Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Sumber IG Irkaz Travel and Tour, Tiktok lisasurihani86

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini