“Selid1k dulu… Itulah Adabny4.” Selepas Ebit Lew B4ntu, Ind1vidu Pertik4i Kaedah ‘Terj4h’ Tol0ng 0rang Susah.

Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew?

Figura ini terkenal dengan sikap dermawan dan keprihatinannya dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Pendakwah ini bukan sahaja memberikan bantuan berupa barangan keperluan dan wang ringit, sebaliknya dia sendiri akan turun padang dan menyingsing lengan baju membantu keluarga-keluarga daif ini mendapat tempat perlindungan yang selesa.

Baru-baru ini pendakwah tersebut membantu seorang ibu tunggal empat anak yang berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan mendapatkan sebuah rumah sewa yang selesa bagi menggantikan teratak uzur mereka.

Kisah tersebut menjadi tular di media sosial, sehingga timbul persoalan daripada segelintir netizen yang mempersoalkan peranan pihak berwajib di kawasan tersebut yang did4kwa tidak cakna menangani isu berkenaan.

Terpanggil untuk membuat pencerahan, seorang pelayar Facebook ini tampil menceritakan situasi sebenar bagi ‘membersihkan nama’ pihak yang berkaitan.

Pelayar bernama Razak Zain menjelaskan situasi mengenai keluarga daif di Tanjung Lumpur, Kuantan yang viral baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Razak Zain berkata tindakannya membuat pencerahan itu dilakukan selepas mendapat banyak pertanyaan daripada ramai pihak.

“Ramai sahabat yang mesej, private message pasal kes di Tanjung Lumpur. Kenapa saya tak ambil cakna sebelum UEL (Ustaz Ebit Lew) datang? Kenapa tak bantu?”

“Di sini saya ingin berkongsi sedikit perkara yang mungkin orang ramai terlepas pandang bila ada usaha membantu kesusahan yang membelenggu orang yang susah.”

“Jika anda terlibat dalam usaha kebajikan membantu orang yang susah ni, anda akan sepatutnya lebih tahu kaedah yang sesuai dalam membantu.”

“Setiap tempat ada penduduk, ada wakil, ada penghulu, ada orang yang hampir sekitar situ… sebelum terjah, (ada) adabnya… bertanya dahulu atau siasat sedikit maklumat yang diterima berkaitan keluarga yang susah itu,” tulisnya.

Ustaz Ebit berkunjung ke rumah serba daif yang didiami seorang ibu tunggal bersama empat anaknya di Tanjung Lumpur, Kuantan. Foto: FB Ebit Lew

Pelayar berkenaan yang terlibat dalam aktiviti kebajikan penduduk di kawasan tersebut turut men4fikan mereka tidak cakna dan tidak ambil peduli mengenai kedaifan keluarga ibu tunggal itu.

“Mustahil jika ia kesusahan yang tulen dan masyarakat setempat tidak ambil peduli atau cakna… cuma mungkin di luar pengetahuan atau ada mas4lah dalam usaha nak membantu seperti penempatan h4ram, duduk atas tanah milik orang lain atau rumah yang memang dalam proses perobohan atas tanah kerajaan dan lain-lain.”

“Secara beradabnya, dapatlah maklumat terlebih dahulu dari penduduk setempat tentang status tersebut,” ujarnya.

Berhubung dengan persoalan mengapa pihaknya tidak menyediakan tempat berteduh yang lebih selesa buat keluarga itu, Razak berkata adalah tidak adil untuk berbuat demikian memandangkan ada berpuluh lagi keluarga yang mempunyai nasib serupa.

“Menjawab sikit kepada pertanyaan pasal keluarga tu, kenapa dibiarkan mereka susah? OK, macam ni… kawasan tu telah diwartakan kawasan pembangunan pelancongan dan semua penduduk asal telah dipindahkan ke Flat Pak Mahat.”

“Jadi kawasan tu memang terbiar rumah-rumah yang bakal dirob0hkan bila-bila masa dan ada yang ambil kesempatan duduk secara h4ram dan bukan penduduk tempatan. Kekadang di luar pengetahuan penduduk setempat sebab kawasan telah terbiar,” ceritanya.

Justeru menurut Razak, adalah lebih penting untuk menyiasat dan menyelidiki latar belakang sesuatu keluarga terlebih dahulu sebelum memberi bantuan untuk mengelakkan timbul isu lain di kemudian hari.

Malah katanya, sudah beberapa kali pihaknya berdepan dengan situasi sedemikian dan apabila diselidiki, ternyata keluarga-keluarga berkenaan tidak memberikan maklumat dengan jujur dan hanya mahu meraih simpati.

Ustaz Ebit membantu mencarikan sebuah kediaman yang selesa buat keluarga ibu tunggal berkenaan. Foto: FB Ebit Lew

“Ada yang memang mengambil kesempatan untuk menagih simpati. Dan tidak dinafikan ada yang memang tulin susah. Tapi kebiasaannya yang tulin ni dia macam m4lu-m4lu nak menerima atau meminta.”

“Ada juga yang mesej meminta bantuan…ibu tunggal… bila kita ziarah nak bantu, dia pula cuba b0mohkan kita untuk nak jadikan kita sebahagian keluarga mereka.”

“Ada kes yang kita lalui juga yang pernah diviralkan oleh orang luar yang tidak tahu menahu punca dan jalan cerita sebenar yang mana mak ayah adalah penagih d4dah tegar. Kami bantu bertahun-tahun bermacam kaedah.”

“Bila masuk orang luar yang baru bantu sikit, orang itu pun viral tanpa tahu cerita, dia kata tak ada orang bantu… hanya Allah dan penduduk sekitar yang tahu.”

“Nak pesan juga, kalau kita dapat sesuatu info, selidik dahulu dengan penduduk setempat. Itulah adabnya,” tulisnya lagi.

Reaksi netizen yang pelbagai di ruangan komen.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 205 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen yang pelbagai.

Sebahagian daripadanya bersetuju dengan pandangan pelayar tersebut, namun sebahagian lagi berpendapat adalah tidak s4lah untuk Ustaz Ebit menghulurkan bantuan.

“Sekarang nak buat baik pun susah, nak tolong susah. Sepatutnya jangan pertikai siapa atau cara macam mana nak buat baik. Bersyukurlah ada hamba Allah di kalangan kita nak bantu selesaikan masalah,” komen seorang netizen.

“Tak payah nak pertikaikan segala adab belaka. Bukan ustaz tu membvrukkan sesiapa pun,” komen seorang netizen lain.

“Semua pihak dah jalankan tanggungjawab masing-masing. Ustaz Ebit bantu tu kerana dia tak mau ada orang yang tak dapat makan atau tempat tinggal. Jika penerima menlpu, Allah jualah yang mengetahui,” komen yang lain pula.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: mStar