Selfie ter4khir di katil lCU selepas Subuh… kenang4n beberapa jam sebelum bapa ‘p3rgi’ akibat Cov1d-19

VIDEO tular menunjukkan seorang anak yang juga doktor membantu bapanya untuk berwuduk sebelum ditempatkan ke wad Unit Raw4tan Rapi (ICU) mengundang seb4k netizen.

Lebih memilvk4n apabila ia merupakan permintaan terakhir bapa berkenaan sebelum menghembuskan nafas ter4khir di ICU kerana dij4ngk1ti c0v1d-19, Sabtu lalu.

Selain doktor berkenaan, Dr Sakinah Kamarul Bahrin, 34, turut terkesan dengan pem3rgian allahy4rh4m Ir Kamarul Bahrin Mohamad, 63, adalah anak sulung, Khairul Ashraf, 37.

Berkongsi luahan kepada mStar, dia yang lebih dikenali sebagai Ashraf memberitahu, perasaan sed1h atas pem3rgian itu memang tidak dapat disangkal, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

Tangkap layar video Dr Sakinah (kiri) bersama arw4h bapa. foto Instagram @sakinah_kb

“Sebagai anak, saya hanya mampu berdoa semoga abah diberi kesembuhan. Selepas Subuh hari abah men1ngg4l dunia, abah hantar gambar selfie terakhirnya di grup WhatsApp keluarga.

“Abah juga hantar mesej kata ‘last resort’ (jalan terakhir). Masa tu saya dah rasa keliru. Tapi dalam hati cepat-cepat tepis segala perasaan ish takda apa lah. Lagi tiga atau empat hari lagi abah dah boleh balik rumah, insyaAllah.

“Masa tu terus fokus, berdoa dan set kat fikiran yang abah balik rumah nanti nak peluk abah kuat-kuat,” katanya ketika dihubungi.

Mesej yang dihantar arw4h bapa Ashraf dan foto selfie menerusi grup WhatsApp. foto ihsan Khairul Ashraf Kamarul bahrin

Ashraf yang merupakan cucu kepada seniwati negara, Datuk Sarimah Ahmad berkata, dia bersyukur ibunya berusia 60 tahun yang sebelum ini juga positif c0v1d-19 telah sembuh dan telah discaj.

“Beberapa hari pertama sejak pemergian abah, mak cukup sed1h sampai tak lalu makan. Kami anak-anak berjumpa dan tenangkan mak.

Abah hantar mesej kata ‘last resort’. Masa tu saya dah rasa keliru. Tapi dalam hati cepat-cepat tepis segala perasaan. Masa tu terus fokus, berdoa dan set kat fikiran yang abah balik rumah nanti nak peluk abah kuat-kuat

KHAIRUL ASHRAF

“Tok (panggilan Datuk Sarimah) juga risau dan ambil berat pasal mak terutama sejak mak dan arw4h abah serta beberapa ahli keluarga lain disahkan positif c0v1d-19. Hari-hari Tok call mak tanya khabar.

“Alhamdulillah, keadaan mak semakin baik. Dah mula ada selera makan. Alhamdulillah Tok juga sihat pada usianya 79 tahun. Terima kasih kepada adik-beradik dan Tok, serta semua yang mendoakan kesejahteraan mak dan keluarga kami,” ujar anak sulung daripada lapan beradik itu.

Sarimah (duduk, tengah), anak perempuan (duduk, dua kanan), menantu (allahy4rh4m Kamarul Bahrin) (duduk, dua kiri) bersama cucu dan cicit, tahun lalu. foto ihsan Khairul Ashraf Kamarul bahrin

Dalam pada itu, Ashraf yang merupakan perunding kewangan itu turut berkongsi amanat allahy4rh4m bapanya yang dipegangnya sejak kecil sehingga kini.

“Dari saya kecil sampailah sekarang, abah sering kali mengingatkan dalam apa pun perkara, utamakan tiga perkara asas ini iaitu jaga solat, awalkan waktu solat dan solat berjemaah.

“Walaupun abah bukan seorang pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew atau ulama seperti allahy4rh4m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, abah mendidik kami dengan baik serta berpanduk4n al-Quran dan Sunnah,” ujar bapa kepada tiga cahaya mata.

Keluarga Ashraf bersama ibu dan arw4h bapa. foto ihsan Khairul Ashraf Kamarul bahrin

Dalam pada itu, Ashraf berkata, bapanya yang merupakan jurutera perunding itu turut berpesan supaya sentiasa melakukan amalan bersedekah dan berbuat baik sesama insan.

“Abah sentiasa berpesan supaya jangan putus sedekah. Abah pernah kata walaupun tak banyak, sikit pun tak apa asalkan bersedekah.

“Abah juga mengingatkan bahawa sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Sentiasa memaafkan,” katanya.

Dilaporkan keadaan Kamarul Bahrin yang merupakan jurutera perunding itu semakin merosot selama beberapa hari sehingga memaksa dibawa ke ICU sebelum menghembvskan nafas terakhir pada Sabtu malam.

jen4zah allahy4rh4m selamat dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada Ahad.

Sumber : Mstar / TTK / Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini