“Sekolah Di Subang, Kawan Bawa RM5 Hingga RM10, Tapi Saya Hanya Bawa… ” – Pengarah Urusan lmbau Kembali Saat Susah

Lain orang lain lain kisah hidupnya, ada yang sememangnya dari kecil dah terbiasa hidup senang dan ada pula disebaliknya. Namun, tiada siapa mahu untuk duduk di takuk yang sama, hidup dalam serba kekurangan.

Kisah keluarga ini yang cuba keluar daripada kepayahan hidup sememangnya boleh menjadi inspirasi semua orang.

Itulah perjalanan hidup bagi pemuda bernama Adi Putera Mohd Rashidy yang awalnya memulakan perniagaan dengan modal RM2,000 hasil pinjaman dari rakannya untuk memulakan perniagaan painting, kini memiliki perniagaan yang gah dalam bidang gift industrial dengan jenama KoIa Gift.

Jika diimbas kembali kehidupan dahulu, sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, ayahnya, Mohd Rashidy Hamid hanyalah bekerja sebagai pemandu teksi, manakala ibu, Hanizah Hasbullah pula mengumpul pakaian dari rakan-rakan dan menjual bundle di Anggerik Mall.

Ketika ditanyakan saat paling sukar yang diingati sejak dulu, Adi Putera yang merupakan anak kedua dari tiga beradik ini menceritakan semula ketika di bangku sekolah, tatkala rakan-rakan lain membawa duit sekolah sebanyak RM5 dan RM10, dia hanya membawa duit sebanyak 50sen sahaja.

“Masa sekolah, saya sekolah di Subang. Subang Jaya ni tempat orang kaya. Masa tu semua orang bawa duit pergi sekolah Rm5, Rm10. Saya hanya bawa 50 sen..

“Tak boleh nak pergi kantin, saya pergi ke koperasi, beli aiskrim sarsi masa tu, so benda tu bukan satu perkara yang mudah.

“Bukan untuk ambil simp4ti ke apa, cuma bila orang cakap good time bring a bad people. bad time bring a good peopIe. Saya harap walaupun masa tu good time, jangan rasa terlalu selesa untuk masa akan datang.

“Bila saya tengok orang lain, contoh pakai kereta mewah, sikit pun tak ada rasa sakit hati. jadikan perkara tu sebagai motivate kita untuk jadi macam diorang.” katanya.

Perancangan terkini, mereka dalam proses untuk membuka kiIang di Tasik Puteri, Rawang.

Harapan Adi pada masa akan datang, dia berharap untuk menjadi usahawan jutawan sebelum umur 30 bersama-sama syarikat iaitu syarikat menjadi largest E-Commerce Gift Shop.

Di samping itu, harapan untuk keluarga, of course dapat membantu keluarga lebih baik, menjadi kehidupan lebih baik, dan dapat membantu lebih ramai orang.

Sumber PaMa

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini