Sekadar Pak̷ai Selip̷ar Asadi, Gambar Vincent Tan Yang TuI̷ar Ini R̷aih Perhati̷an Warg̷anet

Sudah menjadi stigma dalam masyarakat di mana mereka yang memiliki kekayaan bakal mempamerkan kehidupan yang penuh dengan kemewahan. Malah, trend ini dilihat semakin menjadi-jadi di mana terdapat segelintir para jutawan seolah berebut-rebut dalam menunjukkan kekayaan dari segi pakaian yang dipakai, harta yang dimiliki serta kenderaan yang digunakan.

Dalam pada itu, tuIar baru-baru ini melalui perk0ngsian Facebook Anwar Badroldin melihatkan Tan Sri Vincent Tan selaku manusia ke-24 terkaya Malaysia tampil dengan imej bersahaja tanpa sebarang pakaian mewah.

Lebih mengej0tkan warganet, beliau sekadar memakai selipar jenama Asadi yang boleh didapati di Shopee dengan harga sekitar RM15.90 sahaja.

Imej beliau yang dilihat sangat berbeza berbanding jutawan-jutawan popular tempatan yang kerap menayang harta untuk tontonan warganet. Bukan itu sahaja, para warganet nampaknya turut mengulas mengenai gambar yang beliau yang tuIar tersebut.

Untuk pengetahuan, individu berusia 69 tahun ini merupakan pengasas kepada syarikat Berjaya Corporation Berhad dan dianggarkan memiliki kekayaan sekitar RM3.82 bilion. Beliau juga turut menjadi perhatian baru-baru ini selepas menjemput pasangan keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menaiki superyacht kepunyaannya bersama beliau.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: diambil dari The V0cket Via Mytv Viral