Sejak 8 Tahun Perkahwinan Saya Tdk Pernah Cek Apa2 D Dalam Phone Isteri..Tapi Baru2 Ini Saya Cuba Buka Telefon Bini Saya.Hati Saya Berkecai Bila Terjumpa Chat Tu

Assalamualaikum.. Sebelum ini saya ada minta page ini utk siarkan mengenai masalah rumah tangga saya. Dan saya lihat page ini berguna melalui commen dan nasihat yang ada.

Beberapa hari selepas saya post dalam page ini saya telah berjaya h4ck telefon bini saya.. Ya.. Saya h4ck.. Saya adalah seorang h4cker cuma saya rahsiakan dari sesiapapun.

Isteri saya tahu dahulu saya perna hack pelbagai website. Saya just ada sikap kepuasan bila berjaya hack website mahupun Facebook.. Untuk menjelaskan mengenai hack ni adalah sangat rumit tapi yg pasti.

Saya telah mendapat 70% data d telephone bini saya. Data yg saya dapat adalah chat whatsap dan lokasi. Lokasi ni kadang tdk lah sangat accurate. Untuk mendapatkan gambar dan video pula adalah sangat susah.

Dijadikan cerita hari itu saya merajuk selama dua hari dan tidak layan bini saya lalu bini saya tida pulang2 ke rumah saya selama sebulan. Saya merayu dan cuba pujuk dia tetapi tidak berhasil.

Sebenarnya saya dapat rasa bini saya selingkuh di belakang saya pada masa itu. Entah la.. Perasaan itu sangat kuat sedangkan otak saya menganggap ianya adalah mustahil.

So untuk kepastian.. Saya nekad untuk hack telefon bini saya.. Semenjak saya berkahwin dan sekarang masuk 8 tahun perkahwinan saya tdk pernah h4ck apa2 d dalam Internet.. Tapi Setelah memecah masuk telefon bini saya.

Hati saya bagai gugur jatuh ke tanah tak ingat hidup melihat chat bini saya bersama sca4d4lnya iaitu suami org anak 1. Chat mereka adalah mengenai penzin44n mereka d hotel.

Saya menangis d depan computer kerana kecewa yg melampau.. Saya menutup n4fsu saya terhadap god4an atau kehendak ppuan lain utk bersama saya. saya tdk sangka begitu mudah pula dia memberikan mahkota yg saya pelihara selama ini pada org lain begitu sahaja sedangkan kami masih sah sebagai suami isteri.

Saya tak tahu nak buat apa selepas itu kerana saya sangat mencintai bini saya dan seorang anak perempuan saya.. Saya menangis dan terus menangis.. Hati saya berdebar setiap kali data baru masuk ke komputer saya.

Saya hanya lihat aktiviti telefon nya berhari2.. Sehingga la anak perempuan saya dekat pada saya semasa saya d hadapan komputer. Anak saya tanya saya pelbagai soalan sehingga saya stress lalu memarahi dan menjerit d depanya..

Saya tdk perna lakukan pekara spt ini d hadapanya.. Lalu saya tersedar sebab kesian melihat muka anak ppuan saya itu lalu memelukya dngn erat sambil menangis.. Saya hanya mampu beristighfar dlm pelukan anak saya lalu terdetik d hati saya.. “demi anak saya.

Saya akan ampunkan dosa bini saya”
Saya cuba untuk contact bini saya, saya buat2 tdk tahu yg dia bersama llaki lain sambil menuduh dia berzin4 dan menasihati dia.

Bila saya nasihat dan cuba utk call pula. Dia Block saya.. Saya buntuh lalu mengintip dan follow perbuatan bini saya.. Semasa hack phone bini saya.. Saya tidak tahu siapa lelaki itu sebab data itu hanya menunjukan perbualan dalam bentuk chat dan text dan bukan no telefon dan pada masa ini la bila saya intip bini.

Saya dapati.. Lelaki itu adala kawan saya sendiri.. Hati saya sekali lagi hancur sehancur2nya.. Menangis d tepi terowong yg gelap d mana saya boleh melihat pintu keluar masuk tempat kerjanya.

Isteri saya didalam kereta kawan saya.. Entah apa yg mereka lakukan.. Saya pejamkan mata dan beralih sambil memujuk diri untuk kuat dan bangkit.. Saya sangat stress dan mahu give up.. Tapi apakan daya.. Saya risau masa depan anak saya. saya katakan pada diri saya.

Untuk pengetahuan saya seorang yang kacak ramai peminat, berilmu dan berpengaruh d daerah saya. family saya membawa perempuan utk saya kerana bagi mereka saya adalah lelaki satu dalam sejut a,

ramai yang cuba untuk menjadikan saya menantu mereka tapi saya tiada mood dan tdk mampu bila melihat anak saya.. Goal saya bukan la ppuan.. Tetapi kebahagiaan anak saya..

Isteri saya memberikan surat utk ke makamah. Dia minta utk saya tandatangan tetapi saya tdk mahu sambil memujuk dia sedangkan hati saya sangat sakit… Sehingga la tarikh perbicaraan kami d makamah sudah sampai..

Saya minta dngn bini saya untuk kami ke makamah tanpa org lain.. Hanya kami berdua.. So sebelum masuk ke pintu makamah saya cuba pujuk dia dan akhirnya saya berjaya dan batalkan perbicaraan itu tanpa pengetahuan makamah Hehehe..

Lalu kami balik ke rumah saya dan cuba bongkar semua kegiatanya.. Bongkar punya bongkar tapi dia terus menipu saya. saya berterus terang bahawa saya telah memecah masuk telefon nya dan mengetahui semua kegiatanya.

Dia sangat terkejut, Dia menangis dan memeluk saya.. Saya beristighfar dan bersyukur dalam pelukanya kerana tuhan mengurniakan saya kemahiran h4cking ini sedangkan ianya sangat susah utk dilakukan walau anda belajar di peringkat Master sekalipun.. Ianya mengenai kebijaksanaan kita dalam memerangkap data yg keluar dan masuk..

Teknik ini saya belum perna ketahui. Tetapi atas effort saya dan perah otak akhirnya saya berjaya membongkar rahsianya. saya memaafkan bini saya dan bertahan demi anak saya.

Saya masih cintakan dia walaupun hati saya penuh dngn kebencian dan kekecewaan..saya hanya mampu senyum dan bergurau dngn dia walau hati saya hancur.. Saya tdk mampu lepaskan dia sedangkan dia khianati saya.

Saya berharap.. Isteri saya berubah demi masa depan dan anak saya.. Saya tdk berniat untuk menduakan dia atas dendam yg wujud dlm hati saya.. Yg saya tahu.. Cita2 saya dan niat saya ini adalah ikhlas dan ingin melihat mukanya d hari tua nanti sambil mengatakan padanya bahawa “kita berjaya hadapi semua ini”

Masalah baru muncul selepas kejadian ini.. Ibu mertua saya tdk menyukai saya.. Saya tdk pasti apa sebab.. Mungkin sebab saya jenis yg pendiam dan buat dia tdk selesa.

dan mungkin sebab ibu mertua saya benci bila saya bergaduh dngn isteri saya.. Saya tdk pernah pvkul bini saya.. Saya tdk perna tengking bini saya d hadapan bini saya.

saya hanya tegur kesalahannya dngn tegas tanpa mem4ki dan terus berdiam tanpa menegurnya selama berhari2.. Point saya utk tdk menegur adalah supaya isteri saya rimas dngn keadaan kami lalu dia datang pada saya untuk meminta ampun..

Dan bila dia minta ampun saya akan ampunkan dia. Tetapi. Pada masa tu la kesempatan saya untuk menegur dan mengupas perbuatan yg salah.. Saya rasa. Cara saya ini da cukup baik kerana tiada kekerasan.

Hanya bermain dngn sycology.. Tapi entah la kenapa ibu mertua saya tdk suka saya.. Yg saya tahu, selepas saya mendapat call dari kakak sulung bini saya.

Saya mendapati mereka menganggap saya ini tdk bekerja dan hanya bergantung pada isteri saya.. Allahuakbar.. Tekejut saya.. Sedangkan bini saya kalau gaji dia beri saya sedikit duit tapi saya memarahinya dan menegurnya bahawa saya ini bukan lah tanggungjawab nya utk diberikan duit.

Tetapi.. Saya yg bertanggungjawab untuk memberikan nya duit.. Saya merasa maruah saya bagai d pijak bila isteri saya memberikan saya duit.. Saya ini lelaki.. Saya kena bertanggungjawab terhadap anak bini.. Saya pun bekerja.

Sebulan boleh dapat dalam rm1k lebih.. Kehidupan saya ini sangat senang.. Makan minum free d tanggung oleh family. Tak perlu bayar Bill tempat tinggal selesa rumah pun besar.. So.. Saya tdk tahu nak buat apa dngn duit.

Saya bagi jak la dngn bini saya dan yg tinggal d poket saya pun kadang RM50 atau 100..yg penting saya bahagia dan tenang bila memberi pada isteri..

Klu ibu mertua saya boleh melihat cara saya melayan bini saya sudah tentu dia akan terkejut bahawa bertapa baiknya saya menjaga isteri saya..hanya pemahaman dan salah faham jak yg merosakan rumah tangga kami..

Dengan itu.. Saya memohon pada semua yg membaca luahan hati saya ini agar mendoakan kami kebahagiaan kekal di dunia dan akhirat.

Lembutkan lah hati ibu mertua saya dan kerabatnya serta diampuni dosa2 mereka..doakan agar saya terus kuat melawan tsunami yg melanda keluarga kecil kami ini.

Doakan agar mental saya tenang dan kuat dari sejarah penzinaan mereka.. Saya hanya manusia biasa..ada dosa dan kesilapan.. Tetapi.

Kesilapan kita boleh perbaiki dngn saling memaafi.. Dosa disertakan sujud pada yg ilahi akan menjanjikan pahala syurga untuk kita di akhirat nanti..jahui diri dari dosa. Kuatkan iman d dada semoga kita bertemu d syurga firdausi nanti. Amin. Terima kasih.

Sumber:Krt

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini