“Sebelum masuk penj4ra, saya sudah seorang Muslim. Tidak benar bahawa saya masuk Islam ketika berada di dalan penj4ra” – Mike Tyson

Pada 22 November 1986, berlangsung satu pert4rungan bagi merebut gelaran juara tinju Heavyweight dunia WBC. Perlawanan yang berlangsung di Hotel Hilton, Las Vegas, Amerika Syarikat itu dilihat kurang seimbang, kerana penyandangnya berusia 32 tahun dan mempunyai pengalaman luas. Sedangkan pencabarnya pula baru berusia 20 tahun, tubuhnya lebih rendah, gopoh serta bergerak seperti mesin.

Namun tiada siapa menduga, petinju muda itu menyerang tanpa henti. Dia meluru, melepaskan tumbukan demi tumbukan, mengejar penyandang juara itu ke sekeliling gelanggang bagaikan si dubuk yang keIaparan.

Akhirnya, penyandang juara berkenaan tidak berdaya lagi menahan ser4ngan. Dia tersųngkur di lantai gelanggang. Pengadil menamatkan pert4rungan dan tali pinggang kejuaraan berpindah ke pinggang petinju muda berkenaan, diiringi tepukan dan sorakan puluhan ribu penonton yang memenuhi arena.

Pert4rungan penuh dramatik itu disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia. Ia diingati sampai sekarang kerana pada hari tersebut tercatat satu sejarah besar iaitu munculnya juara dunia termuda dalam sejarah sukan tinju.

Petinju muda itu adalah Mike Tyson yang menumbangkan penyandangnya, Trevor Berbick. Mike Tyson ketika itu baru berusia 20 tahun.

Setelah pert4rungan itu, nama Tyson terus naik menjulang. Pert4rungan demi pert4rungan dijalankan dan Tyson menumb4ngkan setiap pencabarnya.

Hebatnya Tyson, kebanyakan lawan ditewaskannya dengan tumbukan knockouts. Malah ada yang menyer4h kalah seawal pusingan pertama lagi. Mereka tidak terdaya untuk menahan ser4ngan ganas Tyson.

Penampilan angkųh, k4sar dan ser4ngannya yang g4nas menyebabkan Tyson digelar `Iron Mike’ dan `The baddest man on the pIanet’.

Melalui siri kemenangan dalam pertarungan berikutnya, Tyson menjadi satu-satunya petinju dalam sejarah dunia yang berjaya memegang kejuaraan heavyweight dunia WBA, WBC dan IBF secara serentak.

Kejuaraan itu dipegangnya selama empat tahun, hinggalah dia tiba-tiba tersųngkur di penjuru gelanggang dalam pertɛmbungan dengan petinju bukan pilihan, James `Buster’ Douglas pada 11 Februari 1990, di Tokyo, Jepun. Kemenangan Douglas itu adalah satu kejutan, hatta bagi dirinya sendiri.

Tyson tɛwas kepada James DougIas di Jepun yang menjadi permulaan kej4tuhan kariernya.

ZAMAN MALAP YANG MENUNTUN HIDAYAH.

Karier Tyson menuju zaman malap apabila dia dihųkum penj4ra selama enam tahun pada tahun 1992 selepas didapati bersalah mer0gol bekas peserta ratu cantik kulit hitam AS, Desiree Washington.

Tetapi benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat bųruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Begitulah yang berlaku kepada Tyson. Hųkuman penj4ra, kej4tuhan karier dan tekanan ɛmosi yang dialami telah mendekatkan jiwanya kepada cinta Ilahi. Ia ibarat satu sinar yang menyuluh dalam kegelapan.

Pada 25 Mac 1996, lebih 200 orang wartawan dari seluruh dunia menunggunya di luar tɛmbok penj4ra Indiana Youth Center, Indianapolis. Tyson dijangka akan dibebaskan sebelum Subuh hari berkenaan selepas menjalani tiga tahun penj4ra.

Pada pukul 6.25 pagi, mereka terkejut apabila melihat Tyson keluar dengan memakai kopiah dan mengumumkan beliau telah memeluk Islam.Sebaik dibebaskan, Tyson terus dibawa menaiki sebuah limousin menuju ke masjid di Pusat Islam Amerika Utara, Indianapolis dan bersembahyang di sana bersama bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali, penyanyi rap terkenal M.C. Hammer serta promoter tinju, Don King.

Turut bersama mereka mengerjakan solat Subuh berjemaah pada hari itu adalah 400 orang lagi penduduk Islam setempat. Tyson menghabiskan masa selama 45 minit beribadah di masjid berkenaan sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan menggunakan jet peribadi ke kediaman mewahnya di Southington, Ohio.

Pengislaman Tyson itu adalah kejutan keduanya untuk seluruh penduduk dunia. Tiada siapa menyangka, walaupun didampingi oleh pendakwah-pendakwah daripada beberapa agama lain, Tyson memilih untuk memeluk Islam.

Tiada sesiapa juga menyangka, seorang lelaki ganas, kasar serta angkuh, akhirnya tunduk, mengaku lemah dan sujud kepada Allah S.W.T dengan linangan air mata.

Tidak dinafikan keislaman Tyson sering dipertikaikan, terutama kerana penampilan dirinya yang bertatu di muka serta badan, terlibat dengan ketagihan dadah, curang kepada isterinya dan pelbagai kes lain. Namun di sebalik kesangsian itu, ternyata dia masih berpegang teguh kepada Islam.

Tyson bersara daripada dunia tinju profesional pada 2006 selepas dua kali tumb4ng secara KO kepada Danny Williams dan Kevin McBride.

Bagaimanapun, sejak memeluk Islam sampailah kepada persaraannya itu, Tyson sering menggunakan peluang di gelanggang sukan tersebut untuk mempromosi Islam.

Pernah sewaktu ditemubual oleh wartawan televisyen sejurus tamat pert4rungan, Tyson terus menjawab soalan pertama wartawan berkenaan dengan berkata, “Saya menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan-Nya,” iaitu ucapan kalimah syahadah.

Dalam satu sidang media pula, Tyson dengan bangga berkata, dia tidak takut kepada sesiapa, baik kepada m4fia atau senj4ta api, kecuali Allah SWT. Tyson juga sering menyebut frasa, `Segala puji bagi Allah’ (Alhamdulillah).

Selain itu, Tyson turut beraksi dengan memakai pakaian yang tertera perkataan Allah di dada kemeja-Tnya, menjadikan butir-butir tasbih sebagai rantai leher, berkopiah dan bersandar di dinding masjid sambil tunduk berdoa.

Pada Julai 2010, Tyson berkunjung ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Beliau tiba di Arab Saudi bersama-sama rombongan Persatuan Dakwah Kanada, dipimpin oleh Shahzad Muhammad, ketua persatuan tersebut.

Selain melakukan umrah, Tyson juga menunaikan solat di Masjid Quba dan Masjid Qiblatain serta melawat Universiti Islam.

Di Madinah, Tyson menginap di hotel yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi. Hotel berkenaan sentiasa dipenuhi oleh para peminat yang mahu berjumpa dengannya.

Sepanjang tempoh menjalani ibadah itu, Tyson turut mengalirkan air mata mengenangkan kehidupan silamnya yang dik0tori dengan pelbagai kesilapan.

Tyson sememangnya layak menyesali kehidupan silamnya. Ini kerana, sejak kecil lagi dia sudah terlibat dengan kehidupan yang negatif. Dia membesar di Brooklyn, New York dan sering bergaduh di jalanan. Sejak berusia 11 tahun, Tyson sudah mengetuai kumpulan samsɛng, terlibat dengan jɛnayah dan ditahan polis lebih daripada 30 kali.

Kelakuan bųruknya itu menyebabkan Tyson dihantar ke Tryon School for Boys, sebuah sekolah pemųlihan akhlak di pinggir New York. Bermula dari situlah Tyson mula mengenali dunia tinju selepas dibentuk oleh kaunselor Bob Stewart yang juga bekas juara tinju amatur, serta jurulatih, Cus D’Amato.

Biarpun berjaya dalam karier, namun Tyson gagal dalam perkahwinan. Perkahwinan pertamanya dengan aktres, Robin Givens pada Februari 1988 hanya bertahan setahun. Givens meminta cerai kerana tidak tahan dengan kelakuan Tyson yang ganas, kasar dan sering memukulnya.

Rumahtangganya dengan M0nica Turner pada 1997 juga berakhir dengan percer4ian akibat kecur4ngan Tyson dengan ramai wanita.

Mal4ng terus menimpa Tyson apabila anak perempuannya, Exodus, 4 tahun, meningg4l dunia akibat lehernya terbɛlit tali alat senaman pada Mei 2009.

Kunjungannya ke tanah suci, bagi Tyson adalah sebuah perjalanan spiritual yang sangat indah. Ternyata Islam telah memberikan kedamaian jiwa kepada Tyson.

MENJADI LEBIH BAIK SELEPAS PELUK ISLAM.

Islam juga telah menyedarkan Tyson bahawa dia sama saja seperti manusia-manusia lain yang serba kekurangan. Manusia ini terlalu kerdil dan lemah, tidak mampu menandingi kebesaran Allah SWT.

Walau sekuat mana pun kudrat manusia, sampai masanya akan dimamah usia, lalu kekuatan itu menyusut dan ditew4skan oleh manusia lain. Hakikat itulah yang akhirnya disedari oleh Tyson melalui Islam.

Dalam temubualnya dengan wartawan pada 2010 berkaitan kehidupannya selepas keluar dari penj4ra, Tyson pernah berkata “Fasa pertama dalam hidup saya hanya dipenuhi rasa mementingkan diri sendiri. Lelaki terhebat di planet ini? Saya tidak mencapai separuh pun daripadanya.”

Tyson diisytihar muflis pada tahun 2003 walaupun pernah menerima bayaran sebanyak hampir RM95 juta untuk beberapa perlawanan dan sejumlah RM950 juta sepanjang kariernya.

Bekas petinju hebat itu menganggap dirinya begitu j1jik sehingga mengatakan dia akan mencuci tangannya sebelum menyentuh anak-anaknya.

Tyson berkahwin dengan isteri ketiganya, Lakiha Spicer sepuluh hari selepas kem4tian anaknya, Exodus. Lakiha adalah teman wanita lamanya dan mereka mempunyai sepasang anak.

Dalam satu temubual mengenai kehidupannya sebagai seorang Muslim, Tyson menjadi emosional dan sebak apabila menyebut tentang Tuhan.

Ditanya, adakah dia berasakan dirinya menjadi lebih baik selepas menjadi Muslim, jawab Tyson, “Saya rasa begitulah. Saya adalah manusia yang lebih baik sekarang, selepas memeluk Islam. Apabila bercakap sesuatu yang tidak elok kepada seseorang, saya akan berasa sedih, saya memohon kesejahteraan dan perlindungan dari Allah, sembahyang… saya perlu lebih kerap sembahyang. Daripada tiga, empat kali, kepada lima kali sehari. Saya cuba. Saya sayangkan Tuhan.”

Tyson juga pernah ditemubual oleh 40 orang wartawan dari seluruh dunia anjuran saluran televisyen Discovery Channel di New York pada awal Mac 2011. Apabila seorang wartawan dari kumpulan Utusan memperkenalkan diri, Tyson terus memberikan salam kepadanya. Bukan itu saja, Tyson juga memberitahu, “Saya berasa bangga menjadi seorang Muslim.”

Ketika ditanya perasaannya ketika mengerjakan umrah, jawab Tyson, “Ia adalah pengalaman yang sangat berharga. Ia adalah satu saat di mana saya berasa dibukakan pintu hati saya tentang kebenaran Islam. Saya berasa bangga menjadi seorang Muslim dan saya telah diberi hidayah untuk percaya kepada Tuhan.”

Pada Oktober 2020, dalam sebuah program bual bicara, Tyson memberitahu bahawa cerita yang diwar-warkan sejak dahulu bahawa dia memeluk Islam semasa di dalam penj4ra adalah salah. Sebaliknya, penurut bekas juara peninju dunia ini, dia sudah memeluk Islam sebelum dia dipenj4rakan lagi.

“Sebelum masuk pɛnjara, saya sudah menjadi seorang Muslim. Tidak benar bahawa saya masuk Islam ketika berada di dalan pɛnjara,” ujar Tyson dalam temubual tersebut.

Tyson yang kini berusia 54 tahun berkata, dia sedar usianya sudah semakin tua dan kian hampir dengan kem4tian. Apa yang diharapkannya jika aj4lnya tiba kelak, dia ingin pergi dalam keadaan damai dan tenang.

Sumber Al-Islam

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini