Sebak, Demi Ke Sek0lah, Anak ‘Istimewa’ Ini Cek4l Merangkak Redah Hutan 3KM Setiap Hari..Ikuti Kisahnya

Kecekalan kanak-kanak ini untuk menuntut ilmu wajar diberi pujian. Jika anda mahu mengalah dengan kehidupan yang susah, mungkin secebis kisah ini mampu dijadikan inspirasi dan ikhtibar untuk jangan sesekali berputus asa.

Mukhlis Abdul Kholik, 8, dilahirkan dalam keadaan kurang upaya (OKU) iaitu mengalami cacat fizikal pada kaki hingga perlu bergantung kepada kedua tangannya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Namun, ia bukan menjadi penghalang buat anak cekal yang mesra digelar Adul ini untuk merangkak setiap hari sejauh 3 kilometer (km) menggunakan tangan dan kakinya, meredah hutan, melalui kawasan berbatu dan anak tangga demi menuntut ilmu.

Tinggal di kawasan pedalaman di daerah kota Sukabumi di provinsi Jawa Barat, Indonesia, tiada pengangkutan bas yang disediakan untuk kanak-kanak ke sekolah. Ditambah dengan kesusahan hidup, pilihan yang ada untuk mereka hanyalah berjalan kaki. Tetapi, bagi Adul perjalanan itu pastinya lebih perit lagi kerana dia tidak ‘sempurna’ seperti kanak-kanak lain.

Sebak apabila melihat menerusi video, Adul bangun seawal pagi dengan penuh semangat untuk menimba ilmu. Kelihatan anak ini kemas rapi disiapkan oleh ibunya. Sebelum memulakan perjalanan, dia memakai kasut sekolah di kedua kakinya terlebih dahulu manakala tangannya pula disarungkan selipar bagi memudahkan dia bergerak.

Ditemani rakan-rakan sebaya ke sekolah, Adul gigih bersemangat mengharungi perjalanan tanpa mengeluh keletihan. Anak ini sememangnya tidak sempurna, tapi dia dilahirkan dengan hati dan jiwa yang kental.

Salah seorang gurunya memberitahu, Adul adalah murid mereka yang paling bermotivasi dan sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan rakan sekelasnya termasuk melakukan aktiviti bersama.

Pengetua sekolah, Epi Mulyadi, berkata, ”Adul sangat aktif setiap hari, meskipun terbatas dari segi fizikal.”

Salah satu impian Adul adalah untuk bertemu Presiden Indonesia, Joko Widowo atau lebih dikenali sebagai Jokowi. Impiannya menjadi kenyataan isnin lalu pada Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya.

Buat Adul, teruskan melangkah lebih lagi, ternyata anda bukti kekurangan dan kesusahan bukan penghalang setiap manusia untuk terus berjuang dan berusaha dalam hidup. Moga kejayaan milik anda!

Video Klik Disini

Sumber : Dailymail

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini