T̷arik Lengan Baju Seb̷ab Nak Sorok ,Kini Dapat Terima Keistimewa̷an Diri Akhirnya Mempunyai Keyakin̷an Tinggi Alhamdulillah

“WAH! Banyak ong!”

Itulah ungkapan yang diterima oleh seorang gadis tentang tanda lahir yang berada di tangan kirinya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan, dia menyuarakan rasa kurang yakin kerana tangannya tidak seperti wanita lain.

Berkongsi pengalamannya bersama mStar, Siti Hajar Osman, 19, memberitahu bahawa dia berkongsi vieo tersebut hanya sekadar mahu mengikut trend di TikTok.

Bagaimanapun gadis berkenaan terkejut apabila video yang dimuat naik pada 15 Oktober itu meraih hampir 500,000 tontonan di platform tersebut.

“Saya ada melihat video di TikTok di mana mereka post pasal tangan berbulu atau tak cantik macam orang lain. Saya pun cuba la buat video yang serupa macam tu, sebab ada tanda lahir yang besar pada tangan kiri.

“Terkejut juga la views video tangan saya naik mendadak dalam masa dua jam. Sebab sebelum ni video saya yang lain-lain tak ramai pun yang tengok.

“Tanda ni memang dah ada sejak lahir lagi, tapi waktu bayi dulu kecil sahaja. Arwah mak kata ia membesar ikut tangan kita sebab ia tanda lahir yang hidup,” katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan kini menetap di Bangi, Selangor.

Lebih mesra disapa Hajar, katanya, dia rasa terasing kerana memiliki tanda lahir yang begitu ketara pada tangan kirinya.

Tambahnya lagi, dia diejek dengan pelbagai gelaran yang kurang enak didengar daripada orang sekeliling.

“Saya mula rasa insecure dengan tanda lahir pada tangan ini waktu sekolah menengah. Dapat kawan pula yang jenis perfect dan kulit cantik, kalau orang pandang mereka mesti ada yang cakap ‘Wow! Cantiknya!’.

“Berbeza dengan saya yang tak cantik ni, sejak dari tadika lagi sudah diejek dengan bermacam-macam nama. Kawan sendiri pun ada yang cakap tangan beruk, tangan hitam dan macam tangan monyet.

“Selalunya buat tak tahu je bila diejek, tapi kalau dah rasa geram sangat saya akan balas balik. Cuma nak cakap lebih-lebih tu tak berani la sebab kita pun tak cantik, kalau nak back up diri sendiri nanti orang tetap akan usik juga,” katanya.

Menurut Hajar, dia sering memakai baju lengan panjang kerana mahu menyorokkan tanda lahir di tangan kirinya.

Namun semuanya berubah apabila dia terpaksa bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasar raya yang terletak di Kajang, Selangor pada April lalu selama tiga bulan.

“Kadang-kadang sampai lengan baju tu pun kendur sebelah sebab saya asyik tarik untuk menutup tanda lahir daripada dilihat orang sekeliling.

“Tapi disebabkan saya bekerja sebagai seorang juruwang, masa itu la baru berani nak tayang tangan pada orang ramai.

Tapi bila kita bersyukur dan reda dengan pemberian Allah, benda itu akan buat kita rasa normal seperti orang lain.-Siti Hajar Osman.

“Ada seorang makcik ni dia tegur tanda lahir saya, dia kata buat apa nak malu kerana ia adalah pemberian tuhan dan membawa rezeki. Selang beberapa hari kemudian ada seorang perempuan Cina tegur, dia cakap tanda lahir saya banyak ong (tuah).

“Sejak itu saya mula rasa yakin dan tidak malu dengan kata-kata orang. Sebab mereka tak ada tanda yang macam ni, kira macam saya ni special la,” ujarnya yang kini bekerja sebagai seorang operator kilang di Sendayan, Negeri Sembilan.

Biarpun anak keenam daripada lapan beradik ini pernah berniat untuk membuang tanda lahir tersebut, namun Hajar belajar untuk bersyukur dengan keistimewaan yang ada pada dirinya.

Jelasnya lagi, setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing.

“Perasaan insecure tu memang wujud dalam diri masing-masing. Pasti ada yang tak puas hati dengan paras rupa dan bandingkan dengan orang lain.

“Tapi bila kita bersyukur dan reda dengan pemberian Allah, benda itu akan buat kita rasa normal seperti orang lain.

“Jadi tak perlulah nak overthink sangat benda macam ni. Sebenarnya kita kena bergaul dengan individu yang positif, baru la ia boleh mengubah presepsi terhadap suatu perkara,” katanya.-Sumber: Mstar.

Dulu Tengok Muka Dia Pun Tidak Sanggup Nak Terima. Kini Ibu Anggap Anak Istimewa Anugerah Terindah.

VIDEO keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap slndrom d0wn ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom slndrom d0wn, jantungnya juga ada masalah.

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap slndrom d0wn. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

Video: Tiktok yawhessaaa

Hessa kini berusia setahun tiga bulan.

“Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.

Anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.
CHIBBY
Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok.

Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak slndrom d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.

Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.

“Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka,” ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Video pasangan ibu dan anak ini sering tular di TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, Chibby sudah empat tahun menjalankan perniagaan pakaian.

Ujarnya, dia tiada masalah menguruskan anak dan bisnes serentak serta berharap ibu di luar sana juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya dah empat tahun jual baju, sejak belum kahwin lagi. Dari bujang sehinggalah dah ada anak. Memang susah nak handle dua-dua. Tapi kita kena cari duit lebih pada musim pandemik.

“Alhamdulillah, masih ada permintaan walaupun Covid-19 sedang melanda. Kalau ada ibu-ibu yang nak buat bisnes, anak bukan alasan. Ia merupakan kehendak sendiri. Yang penting kena pandai urus,” ujarnya yang turut memiliki saluran youtube sendiri.

Ada Warganet Yang Bertanyakan Soal Adiknya. Kini Kakak Dedahkan Apa Sebenarnya Sakit Adiknya.
Nelysa berkongsi mengenai sindrom ‘rare’ yang dihidapi adiknya, Akif menerusi TikTok. Bukan calang-calang cabaran yang dilalui bagi sesebuah keluarga yang mempunyai anak istimewa. Sudah pastinya membesarkan anak seperti ini memerlukan dan kesabaran yang tinggi. Meskipun tidak sempurna insan lain, namun satu hal yang pasti adalah anak tersebut sudah dijanjikan syurga kelak.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang wanita berkongsi kisah mengenai adik lelakinya yang menghidap sejenis sakit yang dikenali sebagai ‘cri du chat’ atau tangisan kucing.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi berkenaan, wanita tersebut menerangkan sakit tersebut terjadi disebabkan oleh kelainan genetik di mana bayi yang dilahirkan dengan sindrom ini mengalami kehilangan kromosom nombor 5 di tubuhnya. Tambah wanita tersebut, meskipun sudah berusia 17 tahun namun tumbesaran adiknya terbantut dari segi perkembangan fizikal mahupun mental.

Akif menghidap sakit ‘cri du chat’ di mana bayi yang dilahirkan dengan sakit ini mengalami kehilangan kromosom nombor 5 di tubuhnya.

Berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nelysa berkata dia terbuka untuk berkongsi perihal adiknya, Akif Naquiddin di media sosial kerana mahu memberi kesedaran dan juga pendedahan kepada umum mengenai sindrom berkenaan.

“Sebenarnya ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar mengenai sakit ‘cri du chat ni’… selalunya orang tahu pasal autisme dan Sindrom Down saja. Jadi saya selalu share mengenai Akif untuk memberitahu serba sedikit mengenai sakit ini dan pengalaman kami,” katanya. Berkongsi serba sedikit mengenai satu-satunya adiknya itu, Nelysa berkata Akif adalah seorang yang peka meskipun perkembangannya tidak seperti remaja seusia.

“Dia boleh bertutur tapi sepatah-sepatah, tidak mampu bertutur dengan ayat yang panjang. Dia memahami apa yang kita sampaikan tapi sukar nak balas semula. Dia juga peka, contohnya walau tak tengok jam, dia tahu bila rancangan kegemarannya akan bermula. Kalau lihat saya pakai tudung, dia akan cakap tudung Neelofa. Dia juga ingat Datuk Vida dan pelawak Nabil Ahmad. Dia senang ‘catch up’ kalau tengok Maharaja Lawak… dia akan ketawa pada lawak-lawak yang dituturkan.

Tumbesaran Akif tidak seperti remaja seusianya, namun dia mampu memahami apa yang diperkatakan selain mempunyai kebolehan mengingati sesuatu perkara.
“Cuma dia cenderung sakitkan diri sendiri kalau dia dipaksa buat benda yang dia tak suka atau sewaktu bosan. Dia akan kopek muka dia sampai keluarkan cecair merah dan juga hentvkkan kepala,”cerita wanita dalam lingkugan usia 20-an ini.

Sebagaimana pengalaman keluarga lain yang berdepan cabaran membesarkan ahli keluarga yang istimewa, Nelysa juga mengakui hakikat berkenaan. Menurut wanita yang bekerja dalam sektor korporat ini, Akif memerlukan pemantauan yang teliti kerana dibimbangi melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan dirinya.

Pernah bawa Akif berjalan-jalan, kemudian akan ada mata yang merenung seolah-olah Akif ni ‘monster’
“Pernah masa kecil, dia tertelan skru, terminum pencuci lantai Dettol… memang berderau juga. Bukan sebab kami cuai tapi Akif ni dia terlebih ‘laju’. Jadi memang selepas insiden-insiden itu, kami perlu lebih pantas daripadanya. Bercakap tentang penerimaan orang pula, memang tak semua dapat faham. Pernah bawa Akif berjalan-jalan, kemudian akan ada mata yang merenung seolah-olah Akif ni ‘monster’. Ada juga pernah cakap ‘eeeii tengok air liur dia meleleh’. Pernah sekali bawa dia pergi kolam renang. Sebaik saja Akif turun, budak-budak lain terus naik. Sedih dan kecil hati juga. Sebab itu saya cuba beri pendedahan mengenai sakit ini supaya ramai lebih peka,” ujar anak sulung daripada dua beradik ini.

Nelysa mahu menjaga Akif dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak sulung sungguhpun apabila sudah mendirikan rumah tangga kelak.
Menjadi satu-satunya anak tempat ibu bapanya bergantung, Nelysa berkata dia berikrar untuk menjaga Akif selagi hayatnya masih ada dan sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik buat keluarganya.

“Andai bertemu jodoh nanti, saya mengharapkan sangat bakal suami serta keluarganya dapat menerima Akif. Saya hanya akan terima insan yang dapat menerima Akif seadanya. Saya juga berharap diberi kekuatan untuk menjaga satu-satunya adik yang saya ada. Selain itu, tiada apa yang diharapkan melainkan masyarakat lebih terbuka dan hormat keluarga yang ada anak istimewa. Janganlah tenung umpama anak istimewa ini raksasa. Moga lebih ramai yang buka mata mengenai sindrom ini dan saya sendiri akan kerap berkongsi mengenai Akif di media sosial,” katanya lagi.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini