Sayu..’Kirim4n Dari Penj4ra’ Seorang Ayah Bagi Hadiah Buatan Tangan Kepada Anaknya,”Siap Let4k Nama Dia&An4k”

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang teruja apabila mendapat kiriman istimewa dari ayahnya.

Difahamkan, ayah kepada kanak-kanak berkenaan merupakan seorang tahanan di penjara. Namun, tidak menjadi penghalang buatnya untuk mengirim hadiah melalui seorang rakan yang baru dibebaskan pada hari tersebut.

Lebih menyentuh hati, hadiah yang merupakan keychain tersebut dibuat dengan hasil tangannya sendiri, malah dilihat pada salah satu kiriman itu terdapat nama si ayah dan anaknya.

Sehingga kini, video yang menyetuh hati ramai penonton tersebut telah meraih 74K tontonan di laman TikTok.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan ada juga yang pernah mendapat ‘keychain’ yang sama daripada ahli keluarga mereka yang berada dalam tahanan.

“Ya allah sensetif kalau pasal ayah, Al-Fatihah,” tulis seorang warganet.

“Sedihnya, allahuakhbar semoga jadi anak yang kuat dan soleh untuk mama papa,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Eh saya pun ada benda tu dulu, tapi mak tak bagi guna suruh simpan buat kenangan,” tulis seorang netizen.

Komen Netizen

SUMBER : TikTok

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini