“Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada” – Selepas 32 Tahun TerIibat KemaIangan, Zaiton Sameon Kini Pemegang Kad 0KU

Penantian penyanyi veteran, Zaiton Sameon untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti apabila menerima Kad 0rang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, di sini.

Menerusi kelayakan kategori 0KU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak), Zaiton, 66, layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

“Syukur kerana masalah saya mendapat perhatian. Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa serta tiada semuanya.

“Memang saya ada adik-beradik tapi saya tak nak ganggu mereka. Saya sekarang tinggal dengan anak angkat bernama Ikah (Che Sikah Ismail) sejak 11 tahun lalu.

“Kami berjumpa pada 2010 di Johor Bahru ketika saya menyanyi di sebuah restoran. Kebetulan dia tiada ibu bapa, jadi dia panggil saya dengan nama ibu,” katanya pada sidang media yang berlangsung di sini.

Penyanyi lagu Menaruh Harapan ini berkata, mereka kini menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang dengan kadar sewa RM800 sebulan.

“Saya kini bergantung harap pada jualan produk makanan Rendang Nasib selain menyanyi. Saya ada juga mohon rumah PPR tapi gagaI atas alasan tiada pendapatan tetap.

“Rasa sedih orang lain dapat tapi saya tak. Mentang-mentanglah saya ‘cac4t’. Saya bukan ‘cac4t anggota’ tapi ‘cac4t otak’. Orang pandang lekeh kata saya tak boleh menyanyi. Padahal lagu-lagu Inggeris pun saya boleh menyanyi dengan baik tanpa lupa lirik,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah terlambat membayar sewa bulanan rumah kerana wang tidak mencukupi.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana tuan rumah boleh bertoIak ansur. Tambah lagi dia adalah peminat saya sebelum ini,” katanya.

Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan di sebuah hotel di sini dilakukan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.

Sementara itu, Samsuzuki berkata, Zaiton layak menerima kad OKU berdasarkan bukti-bukti seperti surat pengesahan doktor yang diterima pihaknya.

Zaizalnizam pula melahirkan kesyukuran kerana usaha mereka membawa isu ini kepada JKM mendapat perhatian.

Sekadar info, Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemaIangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut mer4gut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990.

Dalam kemaIangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggaI dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah mengalami gangguan emosi selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001).

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini